Sunday, April 26, 2009

Hari Terbuka Armada 2009 @ Lumut, Perak

Tarikh: 25-26 April 2009
Lokasi: Pengkalan TLDM, Lumut, Perak
Member: Senn, Azmi, Nazri, Azwan & Zaiful

Plan utk ke Hari Terbuka Armada 2009 ini pada asalnya adalah aktiviti Azmi sendiri tp kitorg plak menyibuk nak join sbb mgu ni kitorg ramai xde aktiviti, so baik kitorg gathering kecil2an & Hari Terbuka Armada ni aku rasa sgt sesuai..Plan ni xboleh nak diconfirmkan lagi smplah di saat2 akhir sbb komitmen kerja..Saat2 akhir yg aku maksudkan ialah betul2 saat2 akhir, plan nak gerak mlm Jumaat & mlm tu baru decide jadi pergi ke x..Xpernah lagilah aku last minit smp mcmtu...haha..So bila dah tahu confirm, so akulah org yg paling kelam kabut sbb kitorg kena jumpa kat Dewan Felda KL sbb Jpul ada dinner UNIMAP kat situ..Dalam pukul 11pm mcmtu barulah kitorg semua berjumpa & kitorg bergerak (2 kreta) ke rumah Jpul kat Rawang..

Dalam pukul 1230am barulah kitorg bergerak ke Lumut naik kreta Azwan dr Rawang. Best gak bertolak tgh mlm ni sbb xde kreta tp ngantuk jelah..Perjalanan ke Lumut (menggunakan lebuhraya PLUS, exit Teluk Intan/Bidor) mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam..Smp je Lumut kitorg mula mencari hotel. Dari satu hotel ke satu hotel kitorg pergi tp malangnya semua fully booked. Dari Lumut kitorg dah cari smp Manjung & Sitiawan utk tp stil xde hotel yg kosong..Last2 kitorg decide utk tido je dlm kereta sekitar Lumut memandangkan beberapa jam lagi nak subuh..Masa kitorg tido ni, xtau plak Azmi p merayau sekitar pekan Lumut & cari hotel. Last2 dia jumpa gak hotel tp agak mhl iaitu The Orient Star Resort Lumut, dah xde choice so belasah jelah..Dia booking je & pkl 2pm baru boleh check-in..Pagi tu kitorg mandi kat masjid lepas sembahyang Subuh and bersiap dlm kereta je..hehe..boleh plak aku jumpa member UKM kat dlm masjid tu..keke..

So aktiviti pertama kitorg di hari Sabtu ialah bfast kat mamak..Lepas bfast kitorg terus jln kaki ke tapak pesta Hari Terbuka Armada 2009 di Pengkalan TLDM Lumut yg xjauh dr pekan Lumut..Actually ada bas yg ambik pengunjung tp tgu punya tgu xsampai2 gak..Destinasi pertama kitorg ialah berkunjung ke Kapal DiRaja (KD) yg bersedia utk menerima pengunjung. FYI, Hari Terbuka Armada 2009 ini diadakan 2 tahun sekali & tahun ini adalah lebih special sbb tahun ini ialah sambutan Jubli Intan (ulang tahun ke 75) TLDM. So anjuran kali ni lebih meriah dari sebelumnya. Ada pelbagai jenis KD & setiap KD mempunyai fungsinya yg tersendiri. Antara KD yg kitorg naik ialah KD Kinabalu, KD Ledang, KD Jerai & byk lagi..Selain lawatan ke kapal2 perang TLDM, ada pameran, jualan, sukaneka, pertunjukkan and mcm2 lagi. Berlangsung serentak dgn Hari Terbuka Armada 2009 ini ialah Pesta Jom Heboh! TV3, so ada byk booth drpd rancangan terbita TV3 and Media Prima. Sbb tulah kat Lumut ni super ramai org smp hotel pun fully booked. Tp satu je yg xbest masa kat Lumut ni iaitu kepanasan yg melampau, seriusly sgt panas smp hari pertama je kitorg dah sunburn.huhu..peluh tu jgn ckplah, mmg basah baju..Ptg skit barulah kitorg check-in hotel then tido jap..Mlm nya kitorg pergi lagi tapak pesta utk menghabiskan lawatan ke KD yg ada. Mlm tu ada konsert Sua Rasa oleh TV9.

Tapak pesta Hari Terbuka Armada 2009

Pemandangan sekitar Lumut


Pemandangan tapak pesta di waktu malam

Hari terkakhir (Ahad) kitorg dimulakan seawal pagi dgn mandi kat swimming pool..hehe..Lepas tu terus bersiap & breakfast (buffet) kat hotel. Masa ni kitorg mmg melantak tak ingat nye, aku pun tau berapa pinggan aku mkn, orange juice pun smp lebih 6 gelas aku minum..haha...rugi hotel kalau ada ramai pengunjung mcm kitorg ni..Tp dah byr mahal, so mkn biar smp berbaloi..almost 2 jam jugak kitorg kat situ..keke..Lepas bfast kitorg terus blk bilik & bersiap2 utk checkout. Tepat jam 12pm kitorg pun checkout & bertolak dr Lumut. Hampir sejam jugak kitorg tersangkut dlm jam kat Lumut lebih2 lagi di exit yg melalui area tapak pesta..Ramai gile org, kreta plak smp xde parking dah..Dahlah panas gile..Dr Lumut kitorg menuju ke Teluk Intan sbb nak ambik gmbar Menara Condong Teluk Intan..Aku agak amazed sbb kat menara tu pun ada free Wifi..Tahniah diucapkan kpd Majlis Perbandaran Teluk Intan sbb menyediakan kemudahan Wifi free di sekitar pusat bandar Teluk Intan. Lepas je lunch kitorg terus berangkat blk ke KL menggunakan hway PLUS. Lebih kurang jam 6pm baru kitorg smp di Rawang utk hntr Jpul. Pastu kitorg plak terus ke The Curve & 1-Utama utk teman Azwan shopping..Azwan jauh dtg dr Kuala Trengganu so bglah peluang kat dia utk shopping kat KL ni..bukan selalu pun dia dtg KL ni..kebetulan plak dia dtg KL time kitorg buat pplan ke Lumut ni, so kitorg bwlah dia sekali..lg ramai lg meriah..So aku rasa sekian jelah xpdc kitorg ke Lumut & Teluk Intan..Of course kitorg look forward utk next trip g xtau lg kat mana..semua last minit punya plan... : )

Swimming pool dan menara condong Teluk Intan

No comments: