Saturday, April 18, 2009

Genting Highlands Theme Park & Ampang Look-out Point..

Tarikh: 18 April 2009
Lokasi: Genting Highlands, Pahang & Ampang Lookout Point
Member: Senn, Lim & Rem

Laman web: Genting City of Entertainment

Trip ke Genting Highlands ni seperti biasa adalah last minit plan..Memandangkan Lim & aku free so mgu ni, so kitorg decide utk pergi Genting sbb Lim & kekasih hati dia, Rem dah lebih 10 tahun tak pergi Genting Highlands. Dlm masa ni mmg byk gile perubahan yg berlaku di Genting Highlands ni..Kitorg 3 bertolak dr rumah Lim around 830am..Kurang dr sejam (menggunakan Lebuh Raya Karak)kitorg pun sampai di Genting Skyway and park kreta kat situ for FREE. Di situ kitorg naik cable car (bayaran RM10 for return ticket) utk ke theme park. Cable car ni adalah sejauh 3.4km and yg terpantas (ni announced dlm cable car tu lah). Smp je kat theme park kitorg terus bfast then baru g beli ticket Outdoor Theme Park iaitu RM38/person. Untuk pengguna MAYBANK DEBIT CARD boleh dapat 15% diskaun. Utk sapa2 yg ada JCARD (JUSCO CARD), boleh dpt offer BUY 2 FREE 1..

Kebetulan kat Genting ni ada pameran/pesta Thailand. So byklah booth yg menjual barangan Thailand. Di Outdoor Theme Park, kitorg just naik boat kat Dinasourland je..Bukan xnak naik yg lain tp org ramai gile, nak q sgtlah malas..lagipun dtg saje nak ambik gmbr..Bukan aku, tp photographer kitorg iaitu Lim dgn kamera canggih dia tu..hehe..Dr outdoor baru kitorg lunch then g masuk ke Ripley's Believe It or Not! Bayaran masuk ialah RM18/person. Dlm ni ada byk pameran barangan pelik tp xdelah sebanyak yg aku hrpkan. Byk kpd benda yg kena membaca, sgt memenatkan..Sebelum blk, kitorg minum dulu utk merehatkan kaki yg dah lenguh..Around 5pm, kitorg dah ada kat kereta & get ready nak blk ke KL.

Genting Highlands Theme Park - City of Entertainment

Dari Genting Highlands, our next destination ialah Ampang Look-out Point di area Ampang ke arah Hulu Langat. Ni pun sbb photographer kitorg nak ambik gmbr pemandangan KL pada waktu mlm. But seriusly parking merupakan satu isu kat sini..If parking kat bawah, byaran ialah RM2/entry. Tp kena jln kaki naik bukit yg tgi n curam tu..If parking kat atas, kena byr another RM3. Memandangkan kitorg dah malas nak jln so kitorg parking jelah kat atas. Then kitorg lepak kat Restoran Bread & Olive utk dinner..Kitorg mkn pizza & lamb chop..Puas hati jugaklah makan & lepak kat situ..Around 9pm barulah kitorg blk ke rumah & berehat..Esok pagi nak main tenis dgn Lim lagi..so kena cukup rehat & cukup tido..hehe..

Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur

No comments: