Tuesday, October 7, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008 @ Miri

Tarikh: 26 September - 7 Oktober 2008
Lokasi: Miri, Sarawak

Selamat Hari Raya..
Kepada saudara serta saudari..
Setahun hanya sekali..
Merayakan hari yg mulia ini..

Aku mmg xsabar2 nak blk beraya ni, wpun aku baru je blk Miri sebulan lepas..hehe..Tp blk raya adalah saat plg bahagia utk aku..Xsabar nak mkn lemang, ketupat, rendang, jln2 dgn kawan2, pakai baju melayu etc..Jumaat 26hb lepas kerja aku terus p airport utk naik flight mlm..Kat Miri abg ipar aku yg ambik aku.Smp rumah sempat jugak mkn lebihan juadah berbuka..Seperti biasa mak & kakak aku sibuk menyiapkan tempahan kek raya..

Hari2 terakhir Ramadhan, adalah beberapa aktiviti yg aku buat..Seperti biasa aku akan jumpa kawan2 kat Miri..Kadang2 pergi beli juadah berbuka sama2..Yg paling common aku buat nak dekat raya ni for surelah kemas rumah..pasang langsir, pasang karpet, pasang sarung sofa, lap itu ini, vakum itu ini, drill dinding utk gantung itu ini and mcm2 lagilah..nasib baik rumah kecik je..tp mmg penat kena buat semua sbb mak & kakak aku busy kat dapur..Kalau lapar pergi jelah dapur makan..hehe..Beginilah aktiviti raya aku..Jgn xpercaya kalau aku ckp 5 hari berturut2 aku pakai baju Melayu..believe it..

Hari Raya Pertama
Aku tido lewat smlm sbb kemas susun gambar2 lama dlm album..huhu..Lepas sembahyg raya, seperti biasa bersalaman bersama ahli keluarga and bagi duit raya..Tp bukan aku dpt duit raya tp aku yg kena bagi duit raya..dah kerja katakan..Setahun sekali apa salahnya..Lepas tu mak & akak terus menyibukkan diri kat dapur buat kek, menyiapkan juadah utk raya..Tahun ni seperti biasa lauk yg disediakan oleh chef rumah aku iaitu mak aku ialah rendang ayam, daging masak hitam, ayam masak merah, kuah sate, ketupat pulut dan lemang..Makan daging masak hitam lah yg paling aku nanti2kan sbb tu juadah kegemaran aku..Peliknya, kat sarawak je aku jumpa org masak daging masak hitam ni..Hmm..Pagi tu seperti tahun2 sebelum ini, mmg ramai kawan2 famili kitorg yg dtg..majoritinya adalah org bukan Islam..masa ni lah diorg dtg utk merasakan juadah raya seperti lemang & ketupat..Penat jugak melayan, nasib baik ada abg & abg ipar aku melayan diorg semua..aku plak sibuk tgk tv..malu katakan..haha..tp sebenarnya malas..yg pasti org yg dtg berkunjung mmg smp ke ptg..Hari pertama aku mmg famili aku xg mana2 sbb melayan org dtg. Tp dlm pkl 930pm, aku decide utk jumpa member baik aku Peijal utk beraya..Then aku ajak member aku lain Dz & Elsa utk join sekali g rumah Peijal..kalau dah berjumpa tu mmg byklah cerita kitrog..sempat jugak kitrog p ambik Imran and bw dia g rumha Peijal..hehe..Majlis berborak kitrog tamat jam 1am..huhu..Tp aku kenalah hntr kawan2 aku blk ke rumah diorg dulu..So aku lah yg paling last smp rumah..hehe..

Sepanjang pagi raya pertama

Hari Raya Kedua
Hari ni masih lagi ramai org dtg beraya..Smlm aku pakai baju Melayu ungu, hari ni aku pakai baju melayu color cream..Pagi smp tghari kitrog busy melayan org yg dtg ke rumah..Ptg skit baru kitorg pergi ke rumah my cousin beraya..Then dari rumah cousin, kitorg beramai2 pergi ke kubur arwah bapak aku, sedara mara aku semua..Dr kubur kitorg terus blk ke rumah sbb ada org nak dtg rumah...Mmg agak rushing ke sana ke mari tp nak buat mcmne kan??Mlm tu aku kluar lagi jumpa Peijal & Imran..Kali ni aku & Peijla beraya rumah Imran je sambil tgh Amazing Race Asia 3..hehe..mlm ni awal skit blk around 11pm..hehe..

Hari Raya Ketiga
Hari ni kitorg dgn sedara mara semua nak beraya ke kampung kitorg di Kuala Sibuti. Hari ni aku pakai baju Melayu color biru plak..Kitorg konvoi 5 kreta utk ke kampung bermula awal pagi..Perjalanan ambik masa kurang dr sejam..Mula2 kitorg beraya di rumah cousin di Bekenu. Then lepas sembahyang jumaat kitorg pergi ke Kuala Sibuti dan beraya di rumah sedara mara kat situ..Tp xdptlah nak pergi ke semua rumah sbb kesuntukan masa..Lepas beraya kitorg pergi ke kubur di seberang sungai plak..Kali ni nak pergi kubur datuk aku plak..Nak g kubur ni kena naik perahu/boat..best sbb lama dah xnaik...hehe..Around 5pm mcmtu, kitorg berangkatlah dr kampung & blk semula ke Miri..Dlm perjalanan sempat jugak singgah beraya kat Luak..Lepas Maghrib, aku plan plak utk keluar dgn kawan2..Yg ada aku, Hadi, Faizal, Fairul, Ina, Dz, El & Esra. Memang meriah kalau kitorg kawan2 sekolah ni berkumpul..Mlm tu kitrog sempat pergi rumah kawan Dz, pastu g rumah Ima dan rumah Rafeez..Rumah Rafeez kitrog smp dlm pkl 11pm mcmtu..org dah nak tido dah..hehe...sukati kitrog je..Tp last house adalah rumah Ina..yg ni mmg family dia dah tido pun..haha..Pukul 1am jugak aku smp rumah..


Sepanjang blk kampung @ Kuala Sibuti ang beraya di rumah Ina

Hari Raya Keempat
Ni adalah jln2 raya yg mmg dirancang dari awal & hari ni aku pakai baju kolor coklat gelap plak..Kali ni ramai skit yg join..Selain org mlm tadi, ada Am & Peijal join sekali..Mula2 diorg ambik aku kat rumah dlm pkl 12pm mcmtu, sambil2 tu beraya lah rumah aku..Then kitorg beraya rumah Pengetua Sekolah kitorg Puan Lily Morni..Then lepas borak pjg kat rumah pengetua, kitrog beraya plak rumah Esra, rumah Sya, rumah Pet, rumah Fairul..Pastu sempat jugak kitrog bergambar sakan di tangga Taman Bumiko..Kitorg ada photographer yg join jln2 ni..tu yg bergambar sakan dgn kamera canggih dia tu..Lgpun kitrog ni pantang tgk kamera, sure posing sakan..hehe..Dlm pkl 7pm mcmtu baru aku smp rumah..Tp aktiviti aku xabis lagi, aku dpt mesej dr member aku utk main tenis kat Piasau Boat Club (PBC) pkl 8pm..So aku pun bersiap2 & pergi main tenis kat PBC..Raya pun sempat main tenis lagi..hehe..


Berjalan raya bersama geng2 sekolah

Hari Raya Kelima
Hari ni aku pakai baju melayu terakhir yg aku bawa, kolor maroon..pagi aku just tgk tv je sbb kepenatan hari2 sebelumnya..Ptg tu kitorg decide utk jln2 dhn cousin aku..Ptg tu cousin aku ambik aku & mak aku..Then kitorg berjalan raya ke rumah my auntie, rumah Nisa/tina, rumah cousin aku yg lain..Pastu aku sempat bawa cousin aku beraya rumah member aku Nazri yg rumah dia dekat je dgn rumah cousin aku..

Hari Raya Keenam
Hari ni aku xde apa2 plan sbb aku rasa nak lepak rumah je..Pastu mak aku suruh aku tolong dia buat biskut makmur utk diberi kpd abg aku kat Selayang nanti..penat jugak buat biskut tu..huhu..Actually mlm ni ada jamuan raya bersama Chief Minister Sarawak kat Park Everly Hotel. Last year pun kitrog pergi..Jemputan kitrog ni atas nama parent member aku, Ina..Kali ni yg pergi aku, Ina, El, Dz, Am & Fairul..Kitorg sampai hotel tu dlm pukul 8pm..Ramai gile org & tempat tu sungguh sempit sbb meja dia rapat2..sabar jelah..tp mkn mmg puas hati..siap bertukar2 hidangan atas meja kitorg..mmg kenyang xingat nye..huhu..Sebelum blk, sempat jugak kitorg bergambar kat hotel tu sbb mlm tu last dah kitorg jumpa..Esoknya aku dah nak blk KL, Ina plak nak pergi ke New Zealand, dpt offer jadi doktor kat situ..

Majlis Raya Bersama Ketua Menteri Sarawak

Hari Raya Ketujuh
Hari ni aku get ready nak blk KL & naik flight pukul 415pm..So pagi tu kerja aku mengemas beg, siapkan barang2 nak bawa g KL..Yg pasti kena bawa kek lapis sarawak sbb nak bg kat kawan2 & ofismate..hehe..Cousin aku yg tolong hntrkan aku ke airport sbb kakak aku dgn abg ipar aku dah ada kat Kuching beraya di sana..Aku sampai KL lebih kurang jam 630pm..So sekian sajelah cerita aku di hari raya..semoga berjumpa lagi di tahun hadapan..

3 comments:

LindaF said...

meriahnya raya...sorry senn..i baca blog u ms g jakarta/bandung..wich hotel u stay kat jakarta..nedd ur help for d info

Senn said...

Jakarta??Hotel Maharadja kalau xsilap..hotel ni last minit carik...smp2 Jakarta baru carik..Hotel ni agak mahal sbb kitrog dah malas nak carik lewat2 mlm..cari yg terdekat je masa tu..tp actually boleh carik hotel yg lagi murah tp sori I hav no idea kat mana yg murah..hehe..

LindaF said...

ceh !!
mahal ker?
takper2...asal boley la kan?