Saturday, October 25, 2008

Gathering dgn Geng Rapat UKM @ Sg Gabai

Tarikh: 25 Oktober 2008
Lokasi: Air Terjun Sungai Gabai
Member: Senn, Jpul, Azmi, Nazri, Halim & Imran


Ini adalah gathering kedua tahun ni dgn geng2 yg sama selepas Pulau Perhentian. Kali ni gathering diadakan sempena meyambut kepulangan sorang member kitorg dr Amsterdam, Imran. Plan bermula pada Jumaat mlm di mana kitorg akan berkumpul di rumah baru Nazri di Sg Chua, Kajang. Time aku smp ada Halim & Nazri je..Diorg nilah yg ditugaskan utk menyiapkan ayam utk di marinade & beli2 brg utk picnic esoknya. Nak dekat tgh mlm baru Jpul & Imran dtg ke rumah Nazri.

Tepat jam 7am, kitorg pun bergerak utk ke Air Terjun Sg Gabai..Tp sblm tu kitorg kena ambik Azmi kat Bangi dulu sbb mlm td dia xlarat nak dtg Kajang..Dr Bangi kitorg ambik masa lebih kurang 40 minit utk ke Air Terjun Sg Gabai (Hulu Langat)..Luckily kitorg adalah kereta kedua and ketiga yg dtg ke air terjun ni..If pergi lewat sure parking dah penuh & port menarik pun dah xde..Smp2 je kitrog pilih port yg menarik tepi air terjun & sediakan api utk bbq. Tugas pasang api ni aku & Azmi yg kena buat..Air kat sini sungguh sejuk smp kecut seluruh badan mandi..Sambil mkn2, kitorg seperti biasa akan posing sakan di sekitar air terjun..Lama jugaklah kitorg berendam dlm air yg sejuk tu..Wpun sejuk tp mandi dibawah aliran air yg deras mmg menyegarkan badan...mmg puas hati.. Tp lagi menyeronokkan sbb dpt berkumpul bersama teman2 rapat & berkongsi cerita setelah lama tak gathering bersama2..Lebih kurang pukul 1pm, barulah kitorg bersiap2 utk blk..Lepas ni aku ada open house lagi nak pergi..hehe..So im looking forward utk next gathering bersama geng2 rapat UKM aku ni pada masa hadapan, mungkin di tempat yg lagi best & lebih ramai lagi..hehe..

"Thanx kepada semua kerana meluangkan masa korang utk menjayakan gathering kita yg kecil2an ini..Mungkin pada masa akan dtg kita buat lebih meriah dr ini..hehe.."


Gambar kenangan sepanjang berpiknik di Air Terjun Sg. Gabai

No comments: