Monday, January 15, 2007

3 Besfrens @ Langkawi

Tarikh: 12-14 Januari 2007
Lokasi: Pulau Langkawi
Bajet: ~RM350/seorg

Trip aku ke Langkawi adalah trip cuti2 Malaysia aku yg pertama tahun ni. Trip ni sebenarnya nak meng"gather"kan kitorg 3 sahabat baik semenjak matrik iaitu aku, Teera n M. Kitorg dah dekat 8 tahun kenal n mmg dah masak dgn perangai masing2. Actually this trip tercetus sbb Teera nak sambung PhD kat Scotland hujung bulan Februari..Masa ni M mmg kat Langkawi, stil under training Cadet Pilot MAS. So akulah yg menjadi mastermind utk trip ni sbb ni je cara kitorg boleh jumpa sebelum Teera fly. Aku sbg pekerja MAS dpt tiket murah utk pergi Langkawi, around RM86 (return). Teera plak terpaksa naik Airasia sbb nak murah.Kitorg naik flight yg berlainan ke Langkawi tp kitorg dah bajet baik utk smp time yg sama. Teera smp sejam awal dr aku..

Sampai Langkawi, M ambik kitorg kat airport. Masa tu M dah booking bilik utk kitorg kat Pantai Cenang n sewakan kereta utk jalan2..Lepas check-in kat chalet, bermulalah trip kitorg kat Langkawi..Mula2 kitorg g Underwater World Langkawi,then pusing2 pekan Kuah..Pastu the next day kitorg pergi pusing pulau, pergi ke Tanjung Rhu, Pantai Beras Hitam, Makam Mahsuri, Taman Kraftangan, naik kereta kabel ke puncak bukit n mcm2 lagilah.Pastu kitorg pergi island hoping iaitu pergi Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah n Pulau Singa Besar..Hari terakhir kat Langkawi kitorg bykkan masa untuk bershopping kat pekan Kuah, apa lagi beli coklat lah paling byk sekali..

Hari Ahad, kitorg dah get ready utk balik ke KL..Hari tu, hari terkahir lah M akan jumpa Teera sbb lepas ni Teera akan fly ke Scotland n masa tu M xabis lagi kat Langkawi..Masa blk tu mmglah sedih sbb macam majlis perpisahanlah plak..Tp mmg betul pun kena berpisah..huhu..


Gambar-gambar sepanjang percutian di Langkawi..

Wat can i say abt this trip ialah kitorg seronok sgt2, lama dah xspent time together mcmni wpun ni kali terakhir kitorg akan bersama sblm Teera fly..byk jugak kitorg bercerita ttg kisah2 lama di tepi pantai yg tenang n nyaman..I just wish one day kitorg dpt spent time mcm ni lagi.InsyaAllah.. : )

P/S Sempat lagi aku beli kasut Nike kat Al-Ikhsan Langkawi..kat KL aku xjumpa dah design tu n ada saiz aku, so aku beli jelah..lagipun murah dr biasa.

No comments: