Tarikh: 16-17 Ogos 2008
Acara: Kejohanan Tenis Terbuka UKM ke-3
Lokasi: UKM, Bangi
Acara: Kejohanan Tenis Terbuka UKM ke-3
Lokasi: UKM, Bangi
Related Link: Aldrin's Blog - UKM Open 2008 & Senn's World - UKM Open 2007
Hari yg ditunggu2 akhirnya tiba..Kejohanan Tenis Terbuka UKM ni mmg kejohanan yg ditunggu oleh aku & geng2 tenis rapat aku..2 tahun berturut2 team kitorg dpt no 2 je & this year kitorg mmg target utk masuk final lagi, seterusnya menjadi johan buat pertama kali..Every year player dlm team kitorg mmg muka2 yg sama iaitu aku sendiri, Lim, Zul, Afnan, Pian, Gong and Lan..Tahun2 sebelumnya ada Hadi & Buya tp disebabkan komitmen kerja so xdpt nak join..Memandangkan impian kitorg begitu tinggi tahun ni, so aku & Lim decide utk berlatih hampir tiap2 hari..So selama 3 mgu aku & Lim berlatih di UM and Pantai Hillpark tiap2 mlm & weekend. Begitu bersungguh betul kitorg ni, mcm nak training utk Olimpik plak..
Tahun ni asalnya ada 16 team bertanding (format kalah mati) tp last minit hanya 13 team sahaja yg confirm. So terpaksalah membuat format round-robin 4 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir. Team kitorg (organizer letak nama "Zul & Gang"..tahun2 sebelumnya "Zul UKM" & "Ex-UKM") diletakkan dlm group B bersama UKM B and Haikal Team. Format kejohanan adalah 3 double and gabungan team aku ialah aku/Lim, Zul/Nan, Pian/Gong/Lan. Utk perlawanan pertama menentang Haikal Team, kitorg menang ketiga2 double (3-0)..Utk perlawanan kedua, kitorg pun menang 3-0. Akhirnya kitorg menjadi juara kumpulan & layak ke separuh akhir keesokan harinya..Apa yg aku boleh katakan mengenai our game utk hari pertama ialah byk lagi kelemahan yg harus diperbaiki utk perlawanan separuh akhir esoknya. Pada mlm Sabtu itu plak, aku & Pian menumpang di rumah sewa Nan. Around 9pm, kitorg termasuk Zul pergi ke Putrajaya utk menyaksikan pertandingan bunga api antarabangsa..Mlm itu pasukan China akan mempersembahkan bunga api diorg selama 25 minit..Ramai jugak org yg dtg, nasib baik kitorg smp awal so bolehlah dpt parking..Oklah jugak persembahan bunga api mlm tu, puas hatilah jugak..Blk dr Putrajaya kitorg lepak mkn kat mamak @ Bangi..
Hari ini, separuh akhir akan berlangsung. 4 team yg layak ialah Zul & Gang, UKM A, UKM C and Duta Ace. Utk separuh akhir, draw ditentukan oleh undian..Kitorg bernasib baik sbb kitorg melawan UKM C and terlepas drpd berjumpa juara bertahan UKM A di separuh akhir..Akhirnya kitorg menang 2-1 ke atas UKM C. Aku/Lim menang 6-4, 6-0, Zul/Nan menang 6-1, 6-1, Gong/Lan plak tewas 6-4. 4-6, 10-12. Utk satu lagi separuh akhir, keputusan agak mengejutkan apabila juara bertahan UKM A tewas 2-1 oleh Duta Ace..Nmpknya kitorg terpaksa bersiap sedia utk menewaskan Duta Ace..Lebih kurang pukul 2pm, perlawanan akhir pun bermula..Ketiga2 double bermain serentak..Aku & Lim menang set pertama dgn 6-2..Dlm set ke-2, aku & Lim ketinggalan 1-4 & kitorg decide utk put the ball in & less unforced errors. Nmpknya menjadi & kitorg dpt menyamakan kedudukan 4-4..Masa tu Zul/Nan dah menang 6-2, 6-2, Lan/Pian plak tewas 2-6, 3-6. So penentuan utk johan terletak di tgn aku/Lim..Mmg pressure tp kelebihan satu set membuatkan kitorg lebih yakin..Akhirnya kitorg menang 6-4 set kedua setelah lawan kitorg melakukan byk unforced errors...Apa???Yes, kitorg dah jadi johan sebenarnya..mcm xpercaya plak kitorg...haha...Misi & impian akhirnya tercapai jugak..Tahniah kepada my teammates sbb bermain dgn baik & berjaya merangkul kejuaraan..Ala2 Nadal lah plak kena tgu final ketiga utk menang final (Wimbledon 2008)..hehe..Kali ni kitorg dpt hamper and cash money RM600..hehe..Insyaallah tahun depan kita kekalkan kejuaraan..Congrats jugak utk organizer sbb sekali lagi berjaya menganjurkan tournament ini siap dgn breakfast free lagi..mmg kenyang & puas hati makan sambil main..hehe..
"Bukan hadiah yg menjadi idaman tp kepuasan di atas kemenangan itu adalah yg lebih utama, apatah lagi apabila dpt berkumpul bersama dgn rakan2 rapat & bekerjasama sebagai sebuah pasukan, itulah adalah hadiah yg paling berharga..Semangat berpasukan, kerjasama yg baik & toleransi adalah resipi kepada kejayaan sebenar selain komitmen & usaha yg dicurahkan.."
Gambar kenangan sepanjang kejohanan..Congratulations semua!!!
UKM Open 2006, UKM Open 2007 and UKM Open 2008..ada beza tak??Perasan x seluar aku sama??
P/S Lepas tamat semua, aku ajak geng2 tenis utk pergi kenduri kawen member aku, Taro (Zulfadly) @ Bangi..Kitorg smp rumah dia around 430pm..masa tu semua org dah blk, caterer pun dah kemas meja..Tp sbb dah smp so kitorg masuklah jugak..Lagipun aku mmg nak pergi kenduri dia ni..Sempatlah jugak jumpa, borak2 dgn Taro and makan nasi minyak..hehe..Selamat Pengantin Baru kepada Taro & isteri..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..InsyaAllah..
3 comments:
best oh sen? lamak dah sik menang tournament eh..aku rasa since kita menang doubles under-10 dolok ya. heheeee. sen kau mok suar baru? aku belikan sigek klak :P
yalah..nang puas hati main..as double partner,last kita menang mmg masa under-10, ada gik piala kat rumah aku kat Miri..hehe..mok beli seluar baru??boleh jak mun kau mok berik..Sbnrnya seluar lama juak nok berik tuah bah..mcm kau juak, partner lama juak yg dicari pakei menang double..haha..
hehee. aku pun ada gik piala ya kat umah aku..bila kita mok jumpakan sidak sen? dah 16 tahun sik jumpa sidak yaa..
hahaha..auk eh, benda lamak juak kita cherish..macam kau ada aku, gabungan mantap..kekeke
Post a Comment