Sunday, August 24, 2008

My Mum, Sister and Nabil @ KL

Tarikh: 20-24 Ogos 2008
Lokasi: KL

Kedatangan my mum ke KL semuanye last minit punya plan..Sebenarnya akak aku ada kursus kat Permata, Bangi selama 2 hari. So I was thinking utk suruh akak aku bw sekali mak and anak akak aku, Nabil. Tp plan ni hanya kitorg je yg tau. Family abg aku kat Selayang pun xtau..Well, aku ni mmg suka buat surprise pun..Lebih 630pm, diorg pun smp kat KLIA and aku yg ambik diorg..Kitorg dinner @ Sate Kajang Hj Samuri sbb mak aku nak sgt pergi situ..lgpun dekat nak hntr akak aku kat Bangi. Lepas hntr akak aku kat Permata, aku bw mak aku & Nabil ke Selayang sbb diorg akan duduk di situ smp Ahad. Akak aku kursus smp hr Jumaat je..

Smp2 je rumah abg aku, akak ipar aku seriusly terkejut & tercengang je tgk mak aku & Nabil depan pintu..Haha..menjadi jugak surprise aku..Risau gak abg aku ada call rumah kat Miri & makcik aku bgtau yg mak aku dtg KL..tp masa kitorg smp, abg aku xblk lg dr kerja, tp few hours later lps abg aku blk, abg aku pun terkejut jugak..haha..best plak buat surprise ni..Abg aku & family tahun ni x blk raya sbb hr tu dah blk masa akak ipar aku bersalin kat Miri. Lgpun mak aku nak sgt tgk cucu baru dia, Afiq Sulaiman..Tu yg aku berpakat dgn akak aku bw mak aku dtg KL..

Sekian sajelah cerita surprise aku ketika ini..hehe..tgklah gmbr anak buah aku yg cute ni, Muhd Nabil Fakrullah masa nak blk ke Miri @ KLIA baru tadi..


Muhammad Nabil Fakrullah

Selamat Pengantin Baru to Ateen + Rizal

Tarikh: 22-24 Ogos 2008
Lokasi: Blue Wave Hotel, Shah Alam & Dewan MBSA Sg Buloh
Acara: Perkahwinan Ateen & Rizal


Tanggal 22 Ogos 2008, maka terbinalah ikatan perkahwinan antara Rizal & Ateen setelah diijabkabulkan di masjid @ Klang..maka dgn itu mereka sah menjadi suami isteri..Ateen & Rizal ni adalah rakan baik aku & merupakan rakan ofis aku serta satu batch dgn aku as TTSE @ MAS..Percintaan, pertunangan & perkahwinan mereka ni sebenarnya mencetuskan tanda tanya di ofis kitorg sbb diorg ni bercinta dlm senyap, xde org pun yg perasan smplah diorg bertunang..semua terkejut..hehe..

Hari Jumaat adalah hari akad nikah diorg di masjid..kitorg ofis xdpt dtg sbb semua busy bekerja..lagipun diorg akad nikah ptg Jumaat..Keesokan harinya adalah hari persandingan sebelah Ateen di Blue Wave Hotel Shah Alam..Aku jadi pengapit bersama Nard, kawan baik Ateen..Konsep mlm itu ialah UNGU & majlis mlm itu berlangsung dgn meriah sekali..ramai jugak org ofis dtg..Kitorg geng2 rapat duduk di meja yg sama. Hari ni plak majlis persandingan sebelah Rizal di Dewan MBSA Bandar Baru Sg. Buloh..This time adik Rizal & Nurrin yg jadi pengapit diorg..Aku just dtg mkn je..This time diorg bertemakan warna COKLAT KEEMASAN..Di sini aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan:

"Selamat Pengantin Baru kpd Ateen & Rizal..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..Semoga cepat2 mendapat anak..hehe..All the best to both of you.. : ) "

Gambar ketika rehearsel @ Grand Blue Wave, Shah Alam (gambar time wedding xde lagi..nnt aku upload if ada..)

Sunday, August 17, 2008

We Are The Champion @ UKM Open 2008

Tarikh: 16-17 Ogos 2008
Acara: Kejohanan Tenis Terbuka UKM ke-3
Lokasi: UKM, Bangi

Hari yg ditunggu2 akhirnya tiba..Kejohanan Tenis Terbuka UKM ni mmg kejohanan yg ditunggu oleh aku & geng2 tenis rapat aku..2 tahun berturut2 team kitorg dpt no 2 je & this year kitorg mmg target utk masuk final lagi, seterusnya menjadi johan buat pertama kali..Every year player dlm team kitorg mmg muka2 yg sama iaitu aku sendiri, Lim, Zul, Afnan, Pian, Gong and Lan..Tahun2 sebelumnya ada Hadi & Buya tp disebabkan komitmen kerja so xdpt nak join..Memandangkan impian kitorg begitu tinggi tahun ni, so aku & Lim decide utk berlatih hampir tiap2 hari..So selama 3 mgu aku & Lim berlatih di UM and Pantai Hillpark tiap2 mlm & weekend. Begitu bersungguh betul kitorg ni, mcm nak training utk Olimpik plak..

Tahun ni asalnya ada 16 team bertanding (format kalah mati) tp last minit hanya 13 team sahaja yg confirm. So terpaksalah membuat format round-robin 4 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir. Team kitorg (organizer letak nama "Zul & Gang"..tahun2 sebelumnya "Zul UKM" & "Ex-UKM") diletakkan dlm group B bersama UKM B and Haikal Team. Format kejohanan adalah 3 double and gabungan team aku ialah aku/Lim, Zul/Nan, Pian/Gong/Lan. Utk perlawanan pertama menentang Haikal Team, kitorg menang ketiga2 double (3-0)..Utk perlawanan kedua, kitorg pun menang 3-0. Akhirnya kitorg menjadi juara kumpulan & layak ke separuh akhir keesokan harinya..Apa yg aku boleh katakan mengenai our game utk hari pertama ialah byk lagi kelemahan yg harus diperbaiki utk perlawanan separuh akhir esoknya. Pada mlm Sabtu itu plak, aku & Pian menumpang di rumah sewa Nan. Around 9pm, kitorg termasuk Zul pergi ke Putrajaya utk menyaksikan pertandingan bunga api antarabangsa..Mlm itu pasukan China akan mempersembahkan bunga api diorg selama 25 minit..Ramai jugak org yg dtg, nasib baik kitorg smp awal so bolehlah dpt parking..Oklah jugak persembahan bunga api mlm tu, puas hatilah jugak..Blk dr Putrajaya kitorg lepak mkn kat mamak @ Bangi..

Hari ini, separuh akhir akan berlangsung. 4 team yg layak ialah Zul & Gang, UKM A, UKM C and Duta Ace. Utk separuh akhir, draw ditentukan oleh undian..Kitorg bernasib baik sbb kitorg melawan UKM C and terlepas drpd berjumpa juara bertahan UKM A di separuh akhir..Akhirnya kitorg menang 2-1 ke atas UKM C. Aku/Lim menang 6-4, 6-0, Zul/Nan menang 6-1, 6-1, Gong/Lan plak tewas 6-4. 4-6, 10-12. Utk satu lagi separuh akhir, keputusan agak mengejutkan apabila juara bertahan UKM A tewas 2-1 oleh Duta Ace..Nmpknya kitorg terpaksa bersiap sedia utk menewaskan Duta Ace..Lebih kurang pukul 2pm, perlawanan akhir pun bermula..Ketiga2 double bermain serentak..Aku & Lim menang set pertama dgn 6-2..Dlm set ke-2, aku & Lim ketinggalan 1-4 & kitorg decide utk put the ball in & less unforced errors. Nmpknya menjadi & kitorg dpt menyamakan kedudukan 4-4..Masa tu Zul/Nan dah menang 6-2, 6-2, Lan/Pian plak tewas 2-6, 3-6. So penentuan utk johan terletak di tgn aku/Lim..Mmg pressure tp kelebihan satu set membuatkan kitorg lebih yakin..Akhirnya kitorg menang 6-4 set kedua setelah lawan kitorg melakukan byk unforced errors...Apa???Yes, kitorg dah jadi johan sebenarnya..mcm xpercaya plak kitorg...haha...Misi & impian akhirnya tercapai jugak..Tahniah kepada my teammates sbb bermain dgn baik & berjaya merangkul kejuaraan..Ala2 Nadal lah plak kena tgu final ketiga utk menang final (Wimbledon 2008)..hehe..Kali ni kitorg dpt hamper and cash money RM600..hehe..Insyaallah tahun depan kita kekalkan kejuaraan..Congrats jugak utk organizer sbb sekali lagi berjaya menganjurkan tournament ini siap dgn breakfast free lagi..mmg kenyang & puas hati makan sambil main..hehe..

"Bukan hadiah yg menjadi idaman tp kepuasan di atas kemenangan itu adalah yg lebih utama, apatah lagi apabila dpt berkumpul bersama dgn rakan2 rapat & bekerjasama sebagai sebuah pasukan, itulah adalah hadiah yg paling berharga..Semangat berpasukan, kerjasama yg baik & toleransi adalah resipi kepada kejayaan sebenar selain komitmen & usaha yg dicurahkan.."


Gambar kenangan sepanjang kejohanan..Congratulations semua!!!


UKM Open 2006, UKM Open 2007 and UKM Open 2008..ada beza tak??Perasan x seluar aku sama??

P/S Lepas tamat semua, aku ajak geng2 tenis utk pergi kenduri kawen member aku, Taro (Zulfadly) @ Bangi..Kitorg smp rumah dia around 430pm..masa tu semua org dah blk, caterer pun dah kemas meja..Tp sbb dah smp so kitorg masuklah jugak..Lagipun aku mmg nak pergi kenduri dia ni..Sempatlah jugak jumpa, borak2 dgn Taro and makan nasi minyak..hehe..Selamat Pengantin Baru kepada Taro & isteri..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..InsyaAllah..