Sunday, November 14, 2010

TSSSC Annual Dinner 2010

Tarikh: 13 November 2010
Lokasi: Maple Junior Ballroom, One World Hotel, Bandar Utama
Anjuran: Technical Services Social & Sports Club (TSSSC)
Theme: Retro Nite

Ini adalah annual dinner anjuran department aku & merupakan dinner ke 5 aku, iaitu menandakan tahun ke 5 aku bersama Tecnical Services Department , Engineering & Maintenance, MAS..Tahun ni theme dinner ialah Retro Nite..Plan asal nk sewa baju tp bila tgk kat tempat sewa baju, semua size xmuat..terpaksalah aku carik baju sendiri (mix & match)..so terhasillah pakaian ciptaan aku sendiri ala2 zaman P Ramlee..haha.. Rambut aku tu yg paling mahal, nk dekat sejam jugak aku buat..haha..tahun ni aku ajak anak buah aku join aku sekali..so dia pun melaram gak pakai ala2 Retro..masa smp kat hotel, tiba2 aku terasa over-dressed plak..haha..malu lah jugak sbb ramai xikut theme..sabau jelah..

Persembahan dinner kali ni ialah persembahan tarian, persembahan nyanyian dr kumpulan Bora Bora dan persembahan nyanyian dr band yg diketuai oleh Fredo (bekas penyanyi Flybaits)..oklah jugak sbb byk lagu yg dinyanyikan..makanan plak tahun ni kureng skit berbanding tahun2 sebelumnya..Pastu acara Best Dress plak, aku dpt plak terpilih utk jadi Top 4 bersama2 Rizal, Show and Justin (bf Keem)..ppuan plak Elly (dgn wig dia), anak Mala, wife Fariz and Marisa..Ppuan seperti biasa kena catwalk & laki plak kena menari..malu gile siot..pemenang utk laki seperti dijangka ialah Show & ppuan tanpa disangka2 plak Marisa menang.. Acara yg paling ditunggu2 utk dinner ni ialah lucky draw..selama 4 tahun aku attend dinner aku xpernah menang apa2 lucky draw..Tahun ni aku betul2 bernasib baik sbb dpt hadiah ke-10 iaitu hard disk 500GB..better than nothing..Show dpt hadiah utama 42" LCD TV..damn..then hadiah utama yg lain ialah 32" TV, home theather, Ipod Touch, telefon nokia & byk lagi.so tahun ni mmg puas hati sbb menang sumthing..hehe..lepas dinner, kitorg semua bergambar sakan..so sekian nukilan dinner tahun ni..jumpa lagi tahun depan dgn konsep apa lah plak..boleh melaram lagi..hehe..

Aksi2 sepanjang Annual Dinner 2010..

Monday, November 8, 2010

Trip to Dubai, UAE

Tarikh: 4-7 November 2010
Tempat: Dubai, UAE
Member: Senn, M, Kendos & Syima

Aku dah lama plan nk ke Dubai, UAE ni sbb aku nk sgt tgk Burj Khalifa (sebelumnya dikenali Burj Dubai) iaitu bangunan tertinggi di dunia (828m)..Aku pun lama dah xjumpa member aku, Kendos yg kerja kat Abu Dhabi tp tinggal kat Dubai..so bolehlah lepak rumah dia..hehe..Kebetulan plak minggu ni ada cuti Deepavali & M plak free..Flight kitorg jam 12am dan smp di Dubai International Airport (Terminal 1) jam 330am selepas 7 jam perjalanan.

1st Day (Friday, 5 November 2010)
Kendos ambik kitorg kat airport & terus ke rumah @ Jumeira..Smp2 je kitorg terus borak2 smp pkl 8am..tiba2 br terasa mengantuk & tertido smp 12pm..lepas mkn kat rumah kitorg pergi ke
Ibn Battuta Mall, mall yg berkonsepkan gabungam 6 region yg yg pernah di explore oleh pengembara Arab, Ibn Battuta iaitu Andalusia, Tunisia, Egypt, Persia, India and China..Design mall sgt cantik, sekali imbas mcm kat Las Vegas..hehe..Dr situ kitorg blk ke rumah sbb kitorg dah book Desert Safari Tour (Evening) dgn bayaran AED140..Tour ni bermula jam 330pm & 4WD ambik kitorg tepat 330pm..Dlm 4WD yg sama ialah 4 hot chicks from Europe..hehe..Activiti kitorg merangkumi Drive through the desert along Al Awir Road - Dune Bashing, 20-30 minutes Dune Driving (cuak gak roller coaster @ desert ni), Sun Set Photography, Camel Rides, Belly Dancing, Henna Painting, Hubbllee Bubblee (shisha), Arabic Coffee (gahwa) and Fresh Dates, Traditional costumes, Unlimited soft drinks, tea coffee and mineral water, Buffet Dinner and B.B.Q..tepat jam 930pm kitorg smp di rumah Kendos..Lebih kurang 10pm kitorg pergi plak ke Marina Walk, tempat yg penuh dgn restaurants, cafe, mall, org lepak2 & kereta2 mewah..kat sini pun ada little market menjual brg2 antik etc..aku suka gile tempat ni sbb "happening", mcm Bintang Walk @ Msia..hehe..

Ibn Battuta Mall

Evening Safari Tour

Marina Walk

2nd Day (Saturday, 6 November 2010)
After breakfast (Kendos masak mee goreng..seriously mmg sedap), kitorg bertolak ke Dubai Creek, pekan lama Dubai. Selepas parking kereta, kitorg menaiki Abra (traditional water taxi, AED1/person) cross to Bur Dubai and visit Shindagah, site of the original settlement, which is being renovated and rebuilt. You'll find museums, Heritage Village, Sheikh Saeed's House and several great open-air restaurants. Sempat jugak singgah old and new Al Souq (Market) membeli souvenir. Then patah blk semula menaiki Abra ke parking kitorg utk have lunch @ Al Tawasol Restaurant utk mkn nasi arab..tempat ni famous sbb harga dia berpatutan & of course sbb sedap..yummmy..melantak jugak kitorg mkn kambing & ayam dlm talam yg besar tu..hehe..boleh plak terjumpa kawan Kendos/Syima masa kitorg nk blk setelah lama xjumpa..

Bersiar2 menaiki Abra di pekan lama Dubai..

Next kitorg nk ambik gmbr Burj Al Arab, the only 7 star hotel yg bercirikan kapal layar di tepi Jumeirah Beach..aku sungguh kagum dgn Jumeirah Beach ni sbb pantai dia sgt cantik & biru..ramai plak org ber"sun-bathing" kat sini..terasa mcm kat Australia plak..haha..Dr sini kitorg ke Atlantis The Palm, salah satu resort paling exclusive di Dubai yg terletak di Jumeirah Palm (salah satu manmade island yg berbentuk pokok palma)..dr situ kitorg terus ke Dubai Mall iaitu the largest mall in the world (based on total area) utk melihat dgn lebih dekat lagi Burj Khalifa iaitu the tallest building in the world..memang besar jugak mall ni, siap ada one of the world's largest aquarium (Duabi Aquarium & Underwater Zoo), boleh diving dgn harga AED160..dlm mall ni ada gak world's largest indoor gold souk (Gold Souk)..di luar mall ni ada the world's most spectacular fountain yg berada exactly berhadapan dgn Burj Khalifa, tempat paling sesuai utk ambik gmbr bangunan tertinggi ni..kagum gak aku tgk bangunan tinggi ni sbb SANGAT tinggi..hahaha..persembahan fountain ni start @ 6pm dan sgt2 menarik..bagi aku yg terbaik pernah aku tgk, sgt cantik & graceful..dr sini kitorg pergi plak ke salah satu pasar lama Dubai utk membeli kain (buah tgn utk family) iaitu jenis japanese cotton & then dinner..kali ni kitorg mkn roti nan, tandori & kebab..syima plak beli Brain Fried (otak kambing), rasa mcm tauhu..

Jumeirah Beach, Burj Al Arab & Atlantis The Palm

Burj Khalifa, Dubai Mall, Dubai Aquarium & Dubai Fountain..

3rd Day (Sunday, 7 November 2010)
The next day Kendos xjoin kitorg sbb dia kerja hr ni..sempat gak jumpa dia before dia g kerja..After breakfast kitorg pergi sumwhere around Naif Road, a fascinating old shopping area utk membeli kain lagi and jubah sbg buah tgn...ni ala2 Jalan TAR @ Msia..dr situ kitorg pergi plak ke
Dubai Outlet Mall, jauh skit dr city..Konon2 nk shopping byk kat sini tp brg2 semua mahal..aku bygkan semurah outlet mcm kat US sbb sini byk brand2 US gak..lagipun tempat ni sgtlah lengang & mcm xde org je..aku pun pelik..huhu..Lebih kurang 415pm kitorg bertolak terus ke Terminal 1, Dubai International Airport sbb flight kitorg jam 650pm..So sekian jelah short trip aku di Dubai..Aku nak ucap terima kasih kpd Kendos & Syima sbb menyediakan tempat tinggal, pengangkutan & mkn free utk kitorg sepanjang di Dubai..jasamu akan dikenang..hehe..

Twisted tower, Metro station berbentuk kurma, aircond's bus stop, 7 lanes highway and beautiful airport terminal..