Monday, November 24, 2008

Uniquely Singapore..

Tarikh: 22-23 November 2008
Lokasi: Singapura
Member: Senn, M, Nofi & Farah

Rujukan: http://www.visitsingapore.com & http://www.sentosa.com.sg

Trip kali ini sekali lagi adalah perancangan last minit. Mungkin tu cara terbaik utk plan sumthing skrg, if rancang awal2 susah sgt nak jadi. Trip ke Singapore ni di plan sbb M cuti on this weeknd. Sbb dpt tido smlm je so we plan utk pergi yg dekat tp menarik, so we decided utk pergi Singapore. Ni plan antara aku, M & Nofi, tp utk memeriahkan suasana Nofi ajak kawan dia si Farah. Plan asal nak naik bas tp tambang bas mahal sgt plak, so kitorg rasa baik bawa kereta & parking @ JB. If byr parking pun aku rs still murah dari naik bas.

Trip kitorg bermula awal pagi sebelum subuh iaitu pukul 3.30am..Sorang tgu sorang, last2 kitorg gerak pukul 430am..On the way kitorg breakfast @ R & R and kitorg smp JB lebih kurang 830am..Kat JB kitorg jumpa kawan Nofi/M, Airil yg kerja kat Kastam JB sbb dia boleh tolong kitorg cari parking free..Nasib baik ada Airil. Jimat duit memandangkan trip kitorg ni pun trip low cost..hehe..Akhirnya kitorg parking sebelah Kastam JB atas nama Airil. Dr situ kitorg jln kaki ke Imigresen Malaysia and naik bas ke Singapore. Untuk ke Singapore, boleh naik bas 160 and 170, byr RM1 je. Selepas melalui immigration Singapore @ Woodlands Point, naik semula bas ke Stesen MRT Kranji. Dr Stesen Kranji, kitorg naik MRT terus ke Stesen HarbourFront. Ni adalah stesen yg paling dekat dgn Sentosa Island. Plan kitorg pada hari pertama ini ialah terus ke Sentosa Island..hehe..

Dari Stesen HarbourFront kitorg jln skit & smp ke VivoCity Mall. Naik ke Level 3 VivoCity & kat sana ada kaunter tiket ke Sentosa. Ada pelbagai pakej ditawarkan & kitorg ambik Sentosa Choice Package SGD33.90. If nak masuk Sentosa saja boleh bayar Admission Fee SGD3. Dr VivoCity kitorg naik monorail (include dlm package & admission fee) ke Sentosa. So kat Sentosa Island kitorg jalan kaki and naik bas (bas orange..free je) ke tempat2 menarik sekitar Sentosa seperti The Merlion, Tiger Sky Tower, Fort Siloso, Sentosa Luge & Skyride, Palawan Beach, Siloso Beach, Tanjong Beach, Underwater World and mcm2 lagi..Kitorg balik dari Sentosa around 530pm and this time kitorg naik Cable Car ke Vivocity..Cable car ni mmg tgi, siap lalu atas Star Cruise lagi..hehe..Yang pasti Sentosa memang happening, pantainya mmg sesuai kepada sesiapa yg nak "cuci mata"..aku puas jugaklah "cuci mata"..haha..

Hari pertama di Sentosa Island..

Dari Stesen HarbourFront (VivoCity) kitorg naik MRT ke Stesen Geylang..Kitorg ke Geylang ni sbb sinilah tempat hotel paling byk and murah..Fyi, kitorg xbooking pun lagi hotel, ala2 "redah je", "kamikaze" or "belasah je"..tp kitorg ada map, address and phone no hotel. So smp je Stesen Geylang, kitorg p mkn dulu kat mamak b4 cari hotel sekitar2 situ..setiap lorong ada hotel, pilih je nak duduk mana..akhirnya kitorg pilih Hotel 81 dgn harga SGD 80 utk standard room (peak season + weeknd). Perlu aku ingatkan kat Geylang ni mlm2 ramai sgt pelacur tepi2 jalan cari pelanggan..hehe..Lepas check-in, aku, M & Nofi keluar jalan2 ke city..Kitorg naik MRT ke Stesen City Hall utk ke jln2 kat Esplanade..Saje nak tgk view Singapore di mlm hari..Sempat jugak kitorg mkn kat Esplanade..hehe..

Hotel 81 @ Geylang and Nite @ Singapore

Hari kedua dimulakan lebih kurang 10am..Semua kepenatan smlm so kenalah tido lama skit..hehe..Lepas check-out, kitorg naik bas ke Payar Lebar. Farah ckp kat sini ada food court yg halal & ramai melayu..Mmg betul ada..Kat sini ada byk pilihan makanan & yg penting halal dan murah..hehe..Dr Stesen Payar Lebar, kitorg pergi ke Stesen Bugis..Kat sini ada Bugis Street for those yg nak beli souvenir..Kat sini pun byk mall if nak shopping. Dr Bugis Street kitrog just jalan kaki ke City Hall utk ke Esplanade, Funan IT Mall and mall2 lain sekitarnya..Dr Stesen City Hall, kitorg pergi ke Stesen Orchard..Kat sini lah terletaknya Orchard Road yg penuh dgn shopping complex. Ckp je nak apa, semua ada kat sini..Kitorg sempat jln2 skit and lepak kat McD. Nak jln2 kat semua tempat dah xlarat, dahlah bw beg baju semua..huhu..Dari Stesen Orchard kitorg naik MRT ke Stesen Kranji utk balik ke JB. Dr Stesen Kranji, kitorg naik semula bas 170 utk ke JB..Kitorg smp JB lebih kurang jam 7pm and kitorg kena tgu Airil di kastam utk ambik kereta..Lepas Airil smp, kitrog p makan dulu sekali dgn Airil kat sebuah restoran kat Danga Bay..Lebih kurang pukul 9pm barulah kitrog bertolak ke KL..Tepat pukul 12am barulah kitorg smp rumah..huhu..seriusly penat tp memang enjoy..

Bugis Street, Esplanade and Orchard Road..

Kenangan manis/pahit sepanjang trip ke Singapore:

1) Masa berbaris kat immigration Singapore, org yg jaga kaunter tu super lembab..Pastu boleh plak org depan kitorg tu buat kurang ajar dgn org immigration tu smp org tu bengang. Dia p panggil supervisor dia & melambatkan lagi q kitorg..Nak dekat sejam kitorg berbaris..Stres betul!!!

2)Masa jalan2 kat area City Hall, kitorg nmpk bus double-decker (yg xde bumbung di tingkat atas) yg tertulis free ride..So kat satu bus stop, kebetulan satu bus double decker lalu & Nofi suruh bas tu berhenti..konon nak naiklah..pastu Nofi p tanya, "Is it free??"..driver tu jawab, "No!!!Its SGD23!!!"..Terus kitorg buat muka tebal & blah..bila tgk bas tu, nmpknya kitorg tanya bas yg salah..bas tu ada tertulis SGD23...malu xingat nye...kitorg gelak je sepanjang jln..haha..

3)Masa jln2 hari kedua, kitorg dah super penat & xlarat..paling best bila aku tgk muka Nofi dah mcm Merlion..haha...

4)Kat Geylang, masa carik hotel, aku & M asyik kena tarik oleh bapak ayam suruh kitorg ambik perempuan..cuak gile lalu kat lorong2 pelacur tu..

5)Untuk trip ke Singapore ni, kitorg belanja kurang dari RM300 termasuk transport, tol, hotel, makan & jalan2..rasanya memang mencapai kategori LOW COST kot..hehe..

No comments: