Saturday, September 29, 2007

Berbuka Puasa dengan Geng2 Rapat UKM

Tarikh: 29 September 2007
Lokasi: Hotel Grand Continental
Harga buffet: RM59/person (RM49 selepas diskaun Kad Mesra)

Hari ni adalah hari ke-3 aku buka puasa kat luar..3 hari berturut-turut makan luar..isk3..hari ni special skit sebab yg jion hari ni ialah geng2 rapat aku masa Matrix n Degree @ UKM. Kitorg ni nama je rapat tp lama gile xjumpa..biasalah, masing2 busy dgn kerjaya masing2..kalau semua kat KL/Selangor oklah jugak tp kitorg ni kerja di merata2 negeri..Hari ni 2 org xdpt dtg, alasannye sbb jauh nun di Trengganu..xpelah, lenkali kita buat lagi & hrp2 semua ada..

Plan kitorg i dah lama tp nak pilih tempat mana mmg kitorg tgu last minute..Biasalah berdasarkan pengalaman, kalau rancang awal2 mmg xjadi punye..so hari ni tadi baru decide nak bukak kat mana..Yang ada hari ni tadi, aku, Jpul, Nazri, Im, Azmi & Fais..xlama lagi Fais & Im nak buat Master/PhD kat overc..takut xjumpa plak nnt..Alie & Azwan, 2 geng aku yg xdpt dtg hari ni..Alie pun xlama lagi nak buat Phd tp smp skrg xde peluang langsung nak jumpa dia..susah betul org yg dok Melaka tu..

Kitorg smp sana mmg awal..630pm lagi dah smp..kitorg borak2lah sambil tgu waktu berbuka..Kata lama xjumpa, so byklah benda yg nak diborakkan..Sambil2 tu kitorg ambik gak makanan sikit utk berbuka..masuk je waktu, kitorg makanlah apa yg kitorg ambik td tp xmkn byk sbb nak sembahyang dulu..Lepas je sembahyang baru kitorg belasah semua makanan yg ada..byk jugak makanan kat hotel ni, sesuailah dgn harganye..nak senarai panjanglah plak tp yg menarik perhatian aku ialah sate, kambing panggang, udang goreng berempah (yg besar2 punye), ayam goreng, ketam goreng, kuih muih, kek, air pelbagai jenis, cendol, rendang, nasi, lauk pauk biasa, salad, lemang, rojak kangkung sotong & byk lagilah..aku pun dah xingat..

Gambar sepanjang berbuka puasa di Hotel Grand Continental

Around 9pm, barulah kitorg klua dr hotel n bergerak ke Sogo & Jalan TAR..nak shopping jap..On the way tu terkejut betul aku tgk kereta byk gile..sampai Sogo & Jalan TAR lagilah aku terkejut sbb ramai gile org..xpernah aku tgk area tu ramai sgt org..sbb nak shopping kitorg redah jelah org ramai tu..berpeluh lah jugak meredah org lebih2 lagi kat Jalan TAR..Byk benda rasa2nya nak beli tp tgu dulu..hari ni mcm xde mood plak nak membeli..perut dahla kenyang, penat, berpeluh plak tu..minggu depan kot before balik raya..arnd 1030pm mcmtu kitorg pun blk ke rumah masing2 n tido..hehe..

Pemandangan sepanjang Jalan TAR

P/S Rugi betul Alie n Azwan xdtg hari ni..wpun kitorg mkn2 je tp dpt spent time sama2 ni mmg best..bukan selalu dpt gathering mcmni..Next time jgn xdtg plak ye Alie n Azwan..

Friday, September 28, 2007

Berbuka Puasa dengan Member2 Tenis

Tarikh: 28 September 2007
Lokasi: Village View, Bandar Baru Bangi


Hari ni jauh betul aku berbuka..Lepas kerja aku terus pergi Bangi untuk berbuka dgn member2 tenis tp lebih spesifik dgn member satu team yg pergi Korea hari tu..Actually ada 14 org dlm team kitorg tp hari ni ada 11 org je yg dpt dtg..oklah tu..Ni 1st time aku dtg tmpt mkn ni, cantiklah jugak siap ada kolam ikan, air terjun buatan lagi..tmpt mkn pun agak menarik n siap ada surau lagi..

Makanan hari ni sebenarnya kitorg dah order awal..kerja2 mem'book' tempat n order makanan ni ditugaskan kepada Kak Long..Thanx ya Kak Long..Hari ni yg dtg, aku, Dol, Nan, Zaini, Wan, Goh, Gong, Kak Long, Dal, Liana & Buyo..kitorg makan nasi, sayur kailan ikan masin, telur bistik, ayam masak merah, tomyam seafood & ayam pastu air sirap badung...Sambil2 mkn kitorg berborak tentang masa depan, i mean tentang next plan utk Soft Tennis..next tournament, player, exhibition match etc..lewat jugak kitorg balik hari tu..yg penting puas hati..

P/S Thanx to Goh sbb belanja kitorg berbuka hari ni..Jasa mu akan di kenang Goh..Trade mark you pun kitorg xkan lupa mcm "SOTONG!!!" and "LEMAH!!!"..hehe..

Gambar kenangan semasa berbuka di Village View

Thursday, September 27, 2007

Berbuka Puasa dengan Ofismate

Tarikh: 27 September 2007
Lokasi: Izzi, Uptown Damansara

Hari ni kitorg bajet nak buka puasa kat luar..teringin plak nak makan yg special sikit untuk berbuka.Fikir punya fikir last2 kitorg decide utk pergi berbuka di Izzi Uptown Damansara..Restoran Izzi lah senang nak fhm (actually xtulis pun its a restaurant ke, cafe ke, gerai ke..tp aku consider it as restaurant lah)..Ada satu lagi cawangan Izzi ni kat Jalan Sultan Ismail, exactly depan Lot 10..Kenapa pilih Izzi??Sebabnye kalau makan sini, kita dapat diskaun 50% untuk pengguna credit card Maybank..so agak berbaloilah jugak nak mkn kat sini..makanan kat sini ala2 makanan Itali mcm pasta, pizza etc..Bolehlah tahan, sesuai dgn harga selepas diskaun...

Hari ni yg join sekali berbuka ialah aku, Elly & Rafiq, Sanaa & Korn, Ateen, Rizal dan M..Nak g sini kena booking dulu kot2 penuh tp masa kitorg smp td kosong je tempat ni..oklah,xdelah bising sgt...kitorg lepas order g sembahyang jap kat bangunan depan..pas tu sampai2 je kat Izzi, makanan dah disediakan..Apa lagi...makanlah sampai kenyang..byk jugak kitorg order hari tu..jumlah yg nak kena byr pun boleh tahan jugak tp lepas diskaun 50%, agak berbaloilah jugak..hehe..

Kepada sesiapa yg nak dtg, layarilah website Izzi ni @ http://www.izzikl.com.my/

P/S Kitorg kusyuk sgt makan sampai lupa nak ambik gmbr kitorg sendiri n makanan2 yg kitorg makan..tgk website jelah ek???? : )

Friday, September 14, 2007

The 13th World Soft Tennis Championships

Tarikh: 6-14 September 2007
Lokasi: Anseong City, Korea
Kejohanan: The 13th World Soft Tennis Championships


Sebelum aku start bercerita psl tournament ni, mesti byk org tertanya2 apa ke bendanye "soft tennis" ni???Ok aku cerita sikit..Soft tennis ni dah lama ada especially kat Jepun, Korea..Di Sukan Asia Doha pun ada sukan ini dipertandingkan. Sukan ni sama mcm tenis..bezanye bolanya sungguh "soft", sbb tu dipanggil "soft tennis"..Raket dia kecik skit dr tenis n besar skit dr squash.Nak kira markah pun sama cuma 15,30,40 & game tu tukar dgn 1,2,3 & game..Pastu ada satu set je & 1 set smp 4 game je tp tenis plak smp 6..court mmg sama tp net dia sama tinggi, xsama dgn tenis yg rendah skit kat tgh..so sekian saje cerita ttg soft tennis..

Kitorg yg pergi tournament ni ada 14 org semuanya, 6 org untuk team lelaki, 4 org utk team ppuan, seorg manager n 2 org coach..Sorang lagi umpire untuk tournament ni..Kitorg ni kiranya membawa nama Malaysia lah di bawah kelab Soft Tennis..Kitorg bertolak dari KLIA jam 1am 6 September menaiki penerbangan MAS (company guwe lah...hehe). Kitorg memang xsabar nak pergi sbb lama dah xpergi ke luar negara..For me, dah nearly 4 years aku join soft tennis ni since tournament kat Hiroshima Japan in 2003. Tepat 1am, kitorg pun bertolak ke Incheon Airport, Seoul Korea..Nasib baik flight kosong, bolehlah kitorg tido sesuka hati..And of course jgn ketinggalan utk menikmati makanan dlm flight..keke..


Ketika berada di KLIA & di dalam flight..

Dlm pkl 830am (waktu Korea..waktu Malaysia 730am) kitorg pun smplah kat Incheon. Boleh tahan gak airport dia, besar jugak..masa aircraft tgh taxi, aku ternmpk AIRBUS A380 kat airport tu..Wow!!Besarnye!!1st time aku tgk A380 live..Xsalah pun jakun sekejap..after q pjg kat imigresen, kitorg ambik beg n get ready nak carik bas yg ambik kitorg...Keluar je kitorg dr pintu ketibaan tu, kitorg terkejut gile sebab kitorg disambut ala2 red karpet & rasa mcm celebrity plak..kitorg siap diberikan kalung gula2 lg..Organizer actually telah menyediakan supporter utk menyambut ketibaan kitorg..agak kecoh jugak masa ketibaan tu sbb kiri kanan org ambik gmbr n video..terasa mcm Mawi plak (tp sekali sekala apa salahnye perasan jadi artis!). Korang tgk gmbrlah br korg tau..nak ckp speechless plak..hehe..


Ketibaan di Incheon Airport disambut meriah oleh organizer..

Dr airport kitorg naik bas plak ke Anseong..lebih kurang 2 jam perjalanan..Jauh jugak tmpt tournament ni dr Seoul..Dlm bas ni jugaklah kitorg diperkenalkan dgn interpreter & officer kitorg sepanjang kitorg berada di Korea iaitu Min (interpreter) & Mr Joong (Officer). FYI, Min ni pandai ckp Melayu, agak fasih jugak bg org bukan Malaysia yg ckp Melayu..Dia belajar ttg bahasa Melayu kat universiti & pernah study kat USM setahun..Sambung blk cerita dlm bas, smp2 je kat Anseong kitorg tnmpk kawasan hijau je..mcm lalu kat Kedah je sbb kiri kanan memang sawah padi...tp selain sawah padi, byk jugak ladang anggur n ladang peach. Btw, suhu kat Anseong ni lebih kurang 17 darjah Celcius, sejuklah jugak..After 2 hours perjalanan, kitorg smplah ke tempat penginapan kitorg (Athletes Village). Bukan hotel tp perkampungan sukan ala2 hostel mcmtu, rumah kayu di atas bukit..Before dpt kunci bilik, kitorg disuruh tgu kat dewan tayangan (setiap mlm ada tayangan filem kat dewan ni)..sambil2 tgu tu kitorg ambiklah gmbr dulu..Sejam pastu br kitorg dpt kunci bilik..rupa2nya kitorg satu team (player jelah) duduk dlm rumah yg sama tp bilik yg berlainan..coach, umpire & manger duduk rumah lain..oklah jugak sbb laki n ppuan ada toilet sendiri..xdelah kena kongsi..


Tgh menunggu kunci bilik & pemandangan athletes village...

Ptg tu kitorg get ready utk training..Naik bas ke court tu ambil masa 15 minit..wow!!amaze betul aku tgk court dia..besar gile..dalam satu bumbung ada 8 clay court..CLAY COURT????Rupanya kitorg kena main kat clay court (dlm website mcm gelanggang pasir, mcm kaat Japan dulu..). Aku pernah main clay court kat Jakarta n sebenarnya susah nak main, sbb nak lari agak licin..ptg tu kitorg xsempat nak training sbb court semua dah penuh..Keesokan hari baru kitorg main, xsabar plak nak main kat clay court..Pastu blk village n kitorg terus g restoran utk mkn..Part ni lah yg paling best sekali..sbnrnya kitorg xberani nak ambik sebarangan sbb byk sgt benda yg xhalal, fhm2 jelah ek..so kitorg makan nasi, sayur, buah, roti, jus je..mcmnilah kehidupan kitorg sepanjang kat sini utk breakfast, lunch & dinner..Nasib baik Kak Long, Liana ada bw serunding, rendang, ikan bilis etc dr Malaysia utk dimakan..aku,Nan n Pian ada gak beli maggi, baked beans, tuna etc.


Pemandangan main court & stadium untuk kejohanan..

Hari Jumaat lepas bfast kitorg terus naik bas pergi court. Smp2 court rupa2nya turn kitorg training dah ditentukan pukul 1-2pm..So terpaksalah lepak dulu kat court tgk negara lain training n tgk booth2 yg byk kat sekitar main court & stadium. Before thari, kitorg naik bas blk ke village sbb lunch disediakan kat sana..Lunch kitorg fhm2 jelah mcmne..ambik nasi n buah then mkn kat bilik dgn bekalan yg ada. Before 1pm, kitorg gerak blk ke court utk training..Susah betul nak biasakan diri main kat clay ni..ada sejam je nak biasakan diri before lawan esoknye..Bola dahlah tiba2 je jadi laju, nak ambik pun susah..huhu..so strugglelah jugak utk biasakan diri..

6pm hari yg sama adalah opening ceremony kat main court ni.Kitorg dah bawa baju siap2 ke court.B4 6pm kitorg dah kena q kat luar main court (actually kat dlm extra court sblh main court). Dlm pukul 7pm mcmtu baru kitorg diarak masuk ke dlm main court mengikut giliran. Ada 40 negara semua yg join tournament tahun ni, penyertaan paling byk dlm sejarah. Lepas diarak masuk, kitorg kena berbaris plak tgh2 court smbil tgk persembahan..Seperti biasalah dlm perasmian mesti ada ucapan alu-aluan, bukan sorg tp 3 org..huhu..lenguh berdiri..lps je ucapan perasmian, barulah kitorg boleh duduk di kerusi yg disediakan. Lepas tu barulah persembahan diteruskan..antara persembahan mlm tu ialah pukulan gendang drpd "awek2" Korea, persembahan tarian hip hop, nyanyian , bunga api & yg paling best ialah persembahan kebudayaan Korea iaitu sorang ppuan ni terlompat2 atas tali tanpa sebarang peralatan keselematan pun..Dia bw kipas je..mcm2 aksi dia persembahkan tp xjatuh2 gak..Memang hebat..habis je perasmian kitorg berarak keluar court & pergi ke dewan utk "Welcome dinner" plak..seperti biasa kitorg tgk org mkn je..huhu..arnd 10pm kitorg dah blk village dah..


Sepanjang opening ceremony @ Main Court..

Hari perlawanan akhirnya tiba..Hari Sabtu adalah hari pertama tournament..Aku xnak ckp sgt psl our game sbb xde benda pun nak dicerita..Yg pasti kitorg dah try our best that day. Unfortunately, kitorg semua sangkut tgh jalan n paling jauh pun kitorg sampai 3rd round. Actually agak membanggakan pencapaian kali ni tp nasib tidak menyebelahi kitorg sbb masa 3rd round kitorg kena lawan dgn seeded plak. Tp oklah jugak menang 1st & 2nd round. Ni jadual kitorg sepanjang tournament:
1) 8 Sept, Sabtu - Perseorangan Lelaki dan Wanita
2) 9 Sept, Ahad - Beregu Campuran
3) 10 Sept, Isnin - Beregu Lelaki dan Wanita
4) 11 Sept, Selasa - Team Event Lelaki dan Wanita
5) 12 Sept, Rabu - Team Event Lelaki dan Wanita (sambung)


Aktiviti-aktiviti selepas kalah dlm pertarungan..hehe..

Kalau nak cerita sepanjang game kitorg, xde benda yg menarik pun kecuali penyokong dr Korea yg xhenti2 bg sokongan padu kat team kitorg..After game (actually after kalah), kitorg ada byk masa lagi..Lepas lunch kat dewan (kat sebelah main court tu), kitorg berlegar2lah sekitar main court, tgk org main, pergi ke booth n yg paling menarik n almost tiap2 hari kitorg pergi ialah pergi ke booth International Voluntary Service Association @ Daejayon ..Kat situ mcm2 aktiviti ada..persembahan nyanyianlah, tarian, pakai baju tradiosional Korea, bergambar utk buat button, main game tradisonal, makan candy n mcm2 lagilah..actually kitorg pengunjung setia kat booth tu tiap2 hari..tp aku xtaulah diorg perasan kitorg ke x..sepatutnya perasan tp tiap kali je kitorg dtg sana mesti diorg layan mcm 1st time kitrog dtg..so kadang2 boleh agak diorg nak ckp apa..hehe..Pastu yg menarik jugak kat situ ialah buat "tattoo" kat muka..actually lukis sumthing kat muka/badan/tangan..yg tu pun tiap2 hari kitorg buat..FYI, semua benda ni free je, sbb tu lah kitorg xjemu2 nak singgah kat booth ni...


Aktiviti kat booth yg tiap2 hari kitorg pergi & lukisan kat muka..mcm poyo je..

Actually utk team event, kitorg dah kalah pada hari Selasa lagi..So kitorg freelah hari Rabu..So di sini kitorg ambik kesempatan utk berjalan2 sekitar Korea terutamanya Seoul. So mlm Selasa tu kitorg berbincang dgn manager, player, interpreter & officer ttg plan utk ke Seoul esoknye. Akhirnya kitorg berjaya mencapai kata sepakat utk ke Seoul early in the morning hari Rabu n blk ke Village b4 pukul 7 utk acara penutupan..Btw, mlm Selasa jugaklah kitorg diberitahu bahawa 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis..Nmpknya kitorg menyambut ketibaan Ramadhan di Korea..

Hari yg ditgu2 akhirnya tiba..waktu utk berjalan2..hehe..Pagi2 lagi lepas bfast kitorg bergegas menaiki bas ke main court.Dr court kitorg naik lagi bas ke stesen bus di Anseong. Dr Anseong barulah itorg naik bas ke Seoul. Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam je.Smp je bustop kat Seoul, kitorg naik subway (train) ke destinasi yg telah ditetapkan mlm sebelumnya..Train dia lebih kurang komuter kita tp lebih efisien n merangkumi hampir seluruh Seoul..Destinasi pertama kitorg ialah street tmpt menjual souvenir. Sepanjang jalan tu mmg jual souvenir je, adalah jugak kitorg beli..Actually masa smp sana, aku n Kak Long agak kecewa sbb kitorg ingat tmpt yg Min nak bw ialah satu "market" yg besar ni sbb member Kak Long ckp tmpt tu syurga membeli belah utk peancong sbb brg kat sana murah gile..Last2 bincang punya bincang, Min sanggup utk bw kitorg ke tempat tu, namanya Namdaemun Market.. Jelas terpancar kegembiraan di wajah Kak Long dpt pergi termasuklah aku..hehe..Smp je sana kitorg diberi 1 1/2 jam je sbb kitorg kesuntukan masa..Mak ai!!!Besar gile tmpt tu, nak sesat pun boleh..segala2nya ada kat situ..ala2 Petaling Street + Central Market + Nilai 3 + Jalan TAR. Mmg besar!!Org kata, brooch kat sini murah & kitorg p lah cari brooch..Satu bangunan tu mmg buat brooch je, mcm kilang brooch..Peniaga Malaysia pun beli brooch utk jualan diorg kat tmpt ni. Malangnya mahal drpd Malaysia kalau beli skit je..so kitorg beli 1-2 brooch je..cukup syarat je..Pastu kitorg berpecah sbb tgl less than hour lagi utk shopping..Apa lagi??Kitorg belasah jelah beli apa2 yg patut..kitorg beli souvenir, T-shirt, topi, stokin n mcm2 lagilah..mmg murah tp kenalah pandai tawar..Mcm baju yg sama (T-shirt ala2 Korea) aku beli RM20 sehelai tp member aku boleh plak beli RM10 sehelai..bengang gak dpt tahu dia beli lagi murah..xpelah, byk lagi brg aku beli dgn murah kat situ..


Ketika berkunjung ke Seoul dlm beberapa jam je..nak ambik gambar pun xde masa..

Tepat 230pm, kitorg bergegas plak nak ke masjid utk sembahyang Zohor..Rasa2nya ada satu masjid je kat Seoul ni..Lps smbhyg, kitorg pergi ke kedai runcit jual makanan halal sekitar2 kawasan masjid n beli sumthing..Pastu singgah jap kat kedai mkn Pakistan n beli nasi briani..teingin sgt nak mkn sbb dah bebrapa hari mkn bekal yg sama je..hehe..Tau x brapa harga briani sepinggan???8000 Won (~RM30)!!!Mahal gile2nye..Tp beli jelah, nnt kempunan plak..Lepas tu kitrog bergegas plak naik train utk ke bus stesen..Rancangan awal nye nak g Seoul Tower utk tgk view Seoul & jln2 sekitar castle tp mmg xsempat..Smp je bus stesen kitorg terus naik bas ke Anseong..Kitorg agak rushing hari tu sbb kena menghadiri closing ceremony, xelok plak kalau xpergi. Smp je Anseong bus stesen, kitorg naik taxi ke main court..Kena tgu kat sana plak utk naik bas ke village..lagipun kena tgu prize giving ceremony utk acara team event..Fyi,nilah pemenang2 spjg tournament ni,
1) Perseorangan Lelaki dan Wanita - Player Korea
2) Beregu Campuran - Pasangan Korea
3) Beregu Lelaki dan Wanita - Pasangan Korea
4) Team Event Lelaki dan Wanita - Jepun (Lelaki) & Korea (Wanita)

Smp2 je village, kitorg terus letak brg kat bilik n bergegas kat padang terbuka sebelah village utk closing ceremony. Semuanya dah lengkap di majlis tu..Kitorg duduk di tempat yg disedikan utk kitorg..Seperti biasa ada ucapan alu2an, persembahan kebudayaan & bunga api. Pastu barulah mkn. Kitorg xsentuh pun makanan sbb kitorg ada briani kat bilik. Lagipun bukan boleh mkn pun kat situ. Sambil2 semua org mkn, kitrog melaramlah ambik gmbr sesama sendiri n dgn atlit2 negara lain. Masa ni lah nak bersosial lebih rapat dgn atlit negara lain..Around 10pm kitorg rasa nak blk sbb dah penat & lapar..Masa nak blk tu, tmpt tu dah jadi "happening" gile sbb diorg dah jadikan tmpt tu ala2 disco..apa lagi??Diorg semua menarilah beramai2, agaknye melepaskan stres spnjg tournament..Kitorg tgk je dr jauh, rs nak pekak je dgr lagu mlm tu..Dahlah kat Malaysia org tgh khusyuk terawikh..Isk..isk..isk..Smp je rumah kitog mkn n tido..Esoknya nak sahur n kitorg dah buat jadual..Ppuan yg kena masak sahur utk esok..


Hari2 terakhir di Korea @ Closing Ceremony kat tengah2 padang..

Sahur kitorg mkn nasi, telur goreng, serunding, rendang n bekalan2 yg lain..Lps sahur tidolah blk..tp ada gak yg xtido n main internet kat dewan..Dlm tghari hari pertama puasa tu, kitorg kena ikut serta utk melawat tmpt2 menarik di Anseong..Ramai jugak negara yg join lawatan tu..Kitorg melawat Rumah Kebudayaan Anseong utk melihat persembahan tarian kebudayaan Korea, pastu ke kuil nun jauh di atas bukit & melawat sekitar Town Anseong..Pastu kitog pun blklah rumah..Ptg tu giliran kitorg plak utk masak utk berbuka..kitorg but telur dadar, nasi goreng. Pastu mkn baked beans, rendang, serunding & buah mcm selalu..agak happening jugak masa berbuka sbb semua org berkumpul sekali berbuka puasa di hari pertama puasa di negara org..Untuk sahur keesokannye ppuan plak yg kena masak..Keesokannye jugak kitorg dah nak blk ke Malaysia..so mlm tu mmg busy mempacking barang...tiba2 je byk barang nak kena bw blk..ye lah,pertukaran kpd duit dlm wallet yg dikeluarkan..hehe..


Lawatan ke Anseong & pengalaman berbuka di hari pertama puasa di Korea...

Lepas sahur, kitorg bersiap2lah utk bergerak ke airport..Awal2 pagi lagi kitorg kena tgu kat depan pintu masuk village utk menaiki bas ke airport.Ada negara lain jugak yg join kitorg ke airport..Sebenarnya sedih kerana terpaksa blk ke Malaysia. Bukan xnak blk Malaysia tp seronok sgt sepanjang berada di sini..byk gile kenangan manis terutama bersama team mate yg semuanya sporting habis. Kitorg mmg rapat gile kat sini (kata semua duduk serumah) & kitorg buat semuaya bersama2..Gonna miz u guys..Oklah berbalik kpd cerita ke airport, kitorg smp2 je kitorg terus pergi checkin..Masa checkin kitorg ternmpk lagi Aurah Supporter (yg sambut ketibaan kitorg tp org lain plak). Kitorg xtau diorg nak buat apa plak kali ni..lepas je check in, kitorg pergilah jumpa dgn Aurah Supporter..Diorg byk bg sokongan kat kitorg sepanjang tournament..Kirog sempat lagi bergambar, diinterview & of course buat trade mark "we love you" diorg..Lepas bersalam semua,kitorg pun masuk balai berlepas utk meninggalkan Korea..Part paling sedih ialah berpisah dgn Min & Mr Joong kat balai berlepas..Sgt sedih & menyentuh hati...kitorg pun dah rapat sgt dgn interpreter n officer team kitorg tu...Wat to do, hidup perlu diteruskan...Thanx a lot Min & Mr Joong..gonna miz u..Gudbye Korea..

Masuk2 je terminal international, kitorg pun jln2 n ambik gmbr. Xlupa carik2 barang yg murah kat kedai duty free..xdelah murah pun tp perfume ada yg murah..Korea ni taraf hidup diorg mmg tinggi so brg semua mhl but actually murah bg diorg..Tepat jam 1135am, kitorg pun berlepas dr airport incheon ke KLIA..Memandangkan kitorg puasa, kitorg terpaksa lupakan utk mkn dlm flight..So kitorg decide utk tido je sepanjang 6 jam perjalanan..Flight kitorg hari tu agak kosong n kitorg booking setiap row...setiap sorg ambik 4 seat n tido memanjang mcm kat 1st class. Mmg class tido hari tu..hehe...Kitorg smp KLIA arnd 430pm...sebelum ambik bagasi, kitorg pergi kejap kat terminal international utk beli coklat utk dibw blk. Aku of course nak kena bg kat ofis..Lepas ambik beg semua, kitorg pun menyusur keluar dgn troli masing2..Mostly diorg ni blk naik bas UKM..aku plak M yg ambik..Then kitorg pun berpisah di balai ketibaan...lepas slm2 semua kitorg pun berpecah & hrp jumpa lagi lepas ni..yg penting keep in touch guys..Wat a unforgetable journey.. : )


Kenangan di Incheon Airport & dalam flight A330 (MAS)...

Kat sini, aku nak senaraikan beberapa kenangan manis/kelakar/sedih/terkejut etc yg tak dpt aku lupakan sepanjang berada di Korea:

1)Kat Korea ni, kenderaan kat jalan raya i can say 95% adalah kenderaan keluaran Korea sendiri seperti Hyundai, Kia & Syang Yong. Surprisingly, kitorg baru tau yg Samsung pun keluarkan kereta, yg selalu nmpk ialah SM5 & SM7..Lawa jugak kreta Samsung, nmpk mewah mcm BWM.

2)Sepanjang kat Korea ni, 2 kali Datuk Bandar n Gabenor Anseong dtg melawat kitorg & bg macam2 hadiah kat kitorg..Kitorg pun xtau sbb ada diorg asyik jumpa kitorg ni..Yg common sekali buah anggur, produk tempatan yg paling famous..buah anggur dia mmg besar tp nak mkn kena buang kulit dulu sbb tebal sgt..

3)Kitorg panggil Buyo kat Korea ni Auntie Zaza sbb perangai, cara dia berckp etc sama mcm watak Abby Abadi dlm Manjalara..jgn marah Buyo..

4)Ada sorang geng kitorg ni, hari xmain mulut dia potpet2 je ckp tp pada hari dia lawan, dia akan senyap je..nmpk sgt muka dia cuak..masa main pun boleh nmpk dia nervous..relax lah bro..hehe..

5)Kitorg just discovered yg ada bilik laundry kat belakang dewan tayangan utk atlit cuci baju tp cuci sendiri lah..terjumpa pun sbb Kak Long nak cari iron..So pada mlm tu kitorg semua pun pergilah laundry room ni utk cuci baju..ramai lah jugak org..siap ada mesin keringkan baju lagi..Yg paling xbestnye ttg isu laundry ni ialah, it tooks berjam2 lamanya utk siap semua..kitorg sempat pergi bilik, tido kejap, pastu main internet, pastu tgk movie kat bilik tayangan & tertido2 & smp je kat laundry room masih xsiap2 lagi baju kitorg tu...dlm tgh mlm barulah semua baju kitorg siap..U know why???Sbb kitorg xfhm tulisan Korea kat bilik laundry tu n kitorg main tekan je mesin tu, sbb tu jadi lama bebenau tu..huhu..

6)Ada satu hari tu kitorg main internet..masa tu ada aku, Nan, Pian, Dol n Gong..Smp2 je tmpt PC kitorg terpaksa tgu sbb PC semua penuh..ada 5 PC je..so kenalah q nak guna..tgh2 lepak2 tu, adalah geng kitorg ni keluar kejap kat pintu, suddenly dia "melepas" dan bunyinye sungguh kuat..pastu semua org kat PC (atlit negara lain) tgk kat luar n diorg gelak gile2..kitorg blur sekejap n suddenly sorg dr kitorg pun gelak...kitorg yg lain masih xfhm...Tiba2 dia cerita ttg geng kitorg yg empunya "angin" tu "melepas" kat pintu smp org lain perasan..Pastu dia masuk bilik tu & buat mcm xde benda berlaku. Pastu kitorg gelaklah kat dia..Masa tu boleh je kitorg buat2 xkenal dia tu..buat malu je..hehe...

7)Aku paling xboleh lupa muka Kak Long ketika menyediakan sahur pd hari pertama berpuasa. Muka dia dahlah fresh gile br bgn tido, pastu ditambah dgn muka gelabah n diikuti dgn muka bersalah lagi, jadi kelakar gile..Xpernah tgk muka dia mcmtu..Tau x pasal apa??Sbbnye diorg (ppuan) xbgn pun utk menyediakan sahur..Mmg turn diorg siapkan sahur tp kitorg lelaki jugak yg kena kejutkan diorg utk bersahur..dahlah ada setengah jam je lagi, mmg kelam kabutlah masa tu diorg sediakan makanan..sempat goreng telur dadar je..bolehlah tu...alasan???alarm xbunyi..alasan..alasan..hehe..

8)Time berbuka hari pertama adalah hari paling best kat Korea..kali ni turn lelaki utk sediakan juadah tp ppuan ada jugak yg tolong skit..Sudah dilahirkan utk kitorg jadi over termasuklah menyediakan makanan, siap hias mcmtu mcmni lagi..masa berbuka kitorg sediakan mcm2, terutamanya bekalan yg ppuan bw dr Malaysia..Kitorg dah catu bekalan ni utk dimkn masa berbuka..so bila dah tiba waktunya kitorg belasah semua yg ada, sbb esoknye dah nak blk dah, so kenalah abiskan..tp tinggal skit utk sahur....hehe..yg bestnye jugak, adalah sorg tu boleh plak menangis time kitorg seronok2 berbuka..katanya rindu kat mak dia..alaa..keciannye....

9)Pada hari Ahad, lepas abis main, kitorg ajak Mr Joong & Min utk pergi ke supermarket sbb kitorg nak beli sumthing utk dimakan memandangkan kitorg bermasalah setiap kali nak mkn..so kitorg pergi Lotte Mart (ala2 Tesco) & pergi beli telur, garam, minyak & frying pan..bolehlah sbg bekalan utk bfast,lunch and dinner..

10)Aku sbnrnya nak berterima kasih sgt kat Min & Mr Joong sbb bersusah-payah (i really mean struggle ok??) sbb terpaksa mencari makanan halal utk kitorg, carikan bilik utk kitorg sembahyang kat main court, panggil kitorg kat bilik kalau terlewat, carik kitorg kalau xjumpa etc..Mesti diorg dah serik nak jaga kitorg ni..nasib baik dpt Min yg fhm ttg kewajipan, halal haram org Islam mcm kitorg ni. Thanx a lot Min & Mr Joong..

11)Actually masa kat Seoul, kitorg xsempat nak pergi Seoul tower, Castle & Muzium seperti dirancang sbb kesuntukan masa..Actually sbb nak rushing, kitorg jln kat market pun jd kelam kabut..Adalah org yg bengang dgn kitrog sbb gara2 nak g masjid diorg xsempat nak g tmpt tu..Sabar jelah nak marah kitrog psl tu..Pastu the next day diorg pergi sendiri tanpa pengetahuan kitorg ke Seoul.Last2 kitorg taulah jugak..Biarlah diorg nak pergi pun..

12)Masa kat KLIA, kat tempat ambik bagasi, kitorg tgk2 beg Nan dah pecah, zip dia dah terbuka..brg2 semua klua tp nasib baik xde yg hilang..Pastu MAS ganti beg dia dgn beg baru yg lebih lawa & besar. Kalau tau, aku pun nak pecahkan beg..hehe..