Thursday, December 11, 2008

Selamat Pergi ke Japan kepada Alie..

Tarikh: 11 Disember 2008
Lokasi: KLIA, Sepang
Member: Senn, Jpul, Azmie, Nazri and Alie


Untuk pengetahun semua, salah seorang baik kitorg, Alie akan ke Nagoya, Japan utk melanjutkan pelajaran dlm peringkat PhD di sana..So hari ini ialah hari pemergian dia ke Japan dan akan meninggalkan family dia yg tersayang utk kali pertama..alie ni xpernah berjauhan dgn family dia kecuali time study kat UKM dulu..tu pun blk rumah selalu..hehe..jgn marah ye alie..Sorang demi sorang geng2 aku buat PhD, aku plak dah berkarat otak nak study lagi..huhu..

Flight Alie ke Nagoya, Japan pukul 10.45pm tp dr KLIA dia akan ke Singapore dulu then dr singapore baru naik Singapore Airlines ke Nagoya. Sorilah sbb Malaysia Airlines dah xde flight ke Nagoya..huhu..Mlm tadi ramai gile kerabat Alie dtg menghantar Alie kat KLIA..parents, adik beradik, ipar, anak buah, student2 dia and kitorg geng2 rapat dia..Meriah jugaklah kat KLIA mlm td..hehe..Xde benda sgt pun kitrog buat kat KLIA, ambik gambar, borak2 and lepak2 je kat situ (dr pukul 8pm) smplah Alie naik flight..Kesedihan jelas terlihat di wajah Alie dan parent dia..Kitorg pun sedih gak sbb sorang lagi kawan kitorg pergi jauh utk study..Xpelah..3-4 tahun je..huhu..

"Kepada Alie..Selamat maju jaya dan semoga berjaya mengharungi hidup di negara orang..Yang penting belajar bersungguh2 and bawa blk segulung ijazah kedoktoran..Lepas ni terpaksalah kitorg panggil kau DR. ALIE..hehe.."

Kenangan sepanjang di KLIA..

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tarikh: 5-8 Disember 2008
Lokasi: Miri, Sarawak

Aku sangat excited nak blk Miri kali ni sbb ni merupakan sambutan Raya Haji yg pertama sejak aku study & kerja kat Selangor/KL. Aku mmg xpernah blk Miri masa sambutan Raya Haji sebelum ni sbb cuti sehari je. Aku sambut di rumah M and rumah abg aku je kat sini..Tu lah yg special nye kepulangan aku kali ni..Yg aku tgu2 sebenarnya ialah nak mkn rendang and daging masak hitam yg dimasak sendiri oleh mak aku di pagi raya..wpun baru je mkn masa Raya Aidilfitri hari tu tp mcm xpuasa plak & nak mkn lagi..keke..

Lepas kerja Jumaat tu aku terus pergi KLIA & sempat jugak naik flight ptg tu..Sampai kat Miri, mak, akak & anak buah aku tersayang yg ambik aku..Lama xjumpa Nabil (anak buah aku yg cute gile..hehe..). Hari pertama di Miri seperti biasa aku jumpa kawan2, jumpa kazen mazen and lepak2..Sempat jugaklah aku tgk movie Twilight dgn member aku mlm Sabtu..ok jugaklah cerita vampire tu, lain dr yg lain..Hari Ahad plak aku attend wedding jiran se"flat" aku masa di Polis Kompleks dulu..Kat sinilah kitorg ala2 gathering blk dgn keluarga2 yg tinggal se"flat" dgn aku..Seriusly lepas semua pencen, kitorg mmg lama xjumpa..Masa nilah geng2 arwah bapak aku terkejut tgk aku dah besar pjg..haha..last jumpa time aku form 4 I guess..lebih 10 tahun maa..kalau xbesar2 gak selama 10 tahun xtahu lah..Dr kenduri aku jadi driver mak aku beli barang2 utk Raya esoknya...beli daging, ayam, ketupat, kelapa etc..

Akhirnya tiba jugak hari yg ditgu2..lepas sembahyang Raya apa lagi aku belasah semua makanan..mak aku masak rendang ayam, daging masak hitam, ayam masak merah, kuah sate, ketupat pulut, kelupis (pulut yg di balut dgn daun "kelupis"), kek, agar-agar pastu minum dgn air tin..haha..setiap hari mcmni memang dpt kencing manis + darah tinggi..haha..kenalah mkn puas2 sbb lepas ni kena tgu Raya Aidifitri plak nak mkn mcmtu..Hari bahagia aku xbertahan lama..Aku kena naik flight pukul 6pm pada hari raya..huhu..nak buat mcmne sbb esok kena kerja..Tp aku xkan sia2kan lauk raya mcmtu je..haha..aku tapau semua lauk2 yg ada & bw blk ke KL..haha...bolehlah aku mkn lagi esok2..hehe..around 9pm, barulah aku sampai KLIA..wpun blk sekejap je tp mmg puas hati.. : )

Inilah Muhammad Nabil Fakrullah pada usia 10 bulan bulan..

Meera pada usia 2 tahun & Afiq pada usia 7 bulan..

Monday, December 1, 2008

Welcome to Taipei, Taiwan..

Tarikh: 29 November - 1 Disember 2008
Lokasi: Taipei, Taiwan

Baru saja mgu lepas aku buat trip ke Singapore, tiba2 minggu ni aku buat trip ke Taipei, Taiwan plak..haha..semua mesti terkejut tgk aku asyik g jalan2 je..Sebagai staff airlines, aku menggunakan sebaik mungkin benefit yg diberikan kepada aku..Baru berbaloi..hehe..Utk trip ke Taipei ni, plan ni aku rancang sebaik saje M dpt jadual fly dia..Tiba2 aku tgk dia ada nite stop di Taipei & rehat sehari di situ sblm blk semula ke KL. Kebetulan plak time tu weekend so aku plan lah nak ikut..For sure hotel freelah..hehe..Tp aku ambik cuti sehari jelah sbb pergi hari Sabtu, rehat hari Ahad and blk ke KL hari Isnin.

Flight aku ke Taipei MH068 berlepas pada jam 3pm dan transit 45 minit di Kota Kinabalu..Aku naik flight B737 & yg lebih best diterbangkan sendiri oleh kawan baik aku merangkap housemate aku, M..Xsabar sebenarnya nak naik flight ke Taipei lebih2 lagi sbb M yg akan bawa, teringin nak dgr M buat PA (announcement yg dibuat oleh pilot)..Bila kali pertama aku dgr, seriusly aku mmg tergelak sorang2, "mcm ku pernah dgr suara itu??"..rs kelakar plak bila dgr..hehe..Actually masa transit di KK lebih kurang 540pm, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kat Sabah..Sabah ialah the only one state yg aku xpernah pergi kat Malaysia ni wpun bersebelahan je dgn negeri kelahiran aku, Sarawak..haha..Flight ke Taipei dr KK berlepas pkl 635pm and sampai di Taiwan Taoyuan International Airport, Taipei lebih kurang jam 945pm..Crew MAS menginap di Sunworld Dynasty Hotel, 40 minit dari airport. Actually ada byk bas utk ke Taipei City tp aku tumpang crew MAS je naik bas ke hotel..hehe..smp hotel pun dah nak dekat jam 11pm.

Jln2 @ Taipei pada hari Ahad bermula seawal jam 10am, hanya aku & M..Destinasi pertama kitorg ialah ke bangunan tertinggi di dunia iaitu Taipei 101 (dgn ketinggian 509m "merampas" ketinggian Petronas Twin Towers 452m). Dari hotel kitorg jalan kaki ke MRT (Taipei Metro Rapid Transit) terdekat @ Nanjing East Road. Masa ni semua kedai xbukak lagi. Dari stesen ini, kitorg berhenti @ Stesen Taipei City Hall dgn bayaran NT$20 (~RM2). Dari sini kena jln kaki 10 minit utk ke Taipei 101. Senang je nak carik arah mana nak pergi dr MRT sbb keluar je MRT boleh nmpk Taipei 101 yg tinggi ini..hehe..Sebelah Taipei 101 ini ialah Taipei World Trade Center (TWTC) di mana smlm ada PC Fair. Org ckp kat Taiwan ni brg2 electronic agak murah. Memang terbuktilah murah compared to Malaysia & yg paling best ialah sini lg advance, lg latest dr Malaysia..Hampir byk benda2 terbaru aku jumpa kat PC Fair ni..Dari situ kitorg terus ke Taipei 101. Di bawah Taipei 101 ni ada shopping mall yg agak exclusive, terdpt pelbagai jenama terkenal & for sure mahal lah..Lebih kurang mcm KLCC lah keadaan dia..Kepada sesiapa yg ingin melihat pemandangan Taipei 101 ini, bayaran NT$70 dikenakan utk masuk ke Taipeo 101 Observary. Di sinilah kita akan di bawa melihat pemandangan dr Taipei 101 & yg paling best sekali berpeluang melihat sendiri "tuned mass damper" iaitu bola gergasi yg digantungkan di tgh2 Taipei 101, iaitu asas utama kepada sokongan Taipei 101 ini drpd gegaran gempa bumi and taufan yg biasa di Taiwan.

PC Fair @ TWTC & Taipei 101

Dari Taipei 101, kitorg jln kaki plak ke Sun Yat-Sen Memorial Hall, xjauh dr Taipei 101. Lepas ambik gambar kitorg naik semula MRT @ Stesen Sun Yat-Sen Memorial Mall (next to Stesen Taipei City Hall). Dari sini kitorg naik MRT ke Stesen Zhongxiao Xinsheng. Di sinilah terletaknya Guanghua IT Park iaitu pusat IT di Taipei..Terdapat byk kedai yg menjual barangan IT, electrics & electronics di sepanjang jln. Kalau nak semua dlm satu mall, boleh pergi ke Guanghua Digital Plaza (ala2 Low Yat), bangunan 6 tingkat di situ. Kat sini semua barangan IT ada dijual. Dari situ kitorg naik blk MRT @ Stesen Zhongxiao Xinsheng ke Stesen Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Kat sini kitorg ambik gambar CKS Memorial Hall. Kat sini ada jugak National Theater & National Concert Hall. Dari sini kitorg jalan kaki plak ke Handicraft Promotion Center xjauh dr Stesen NTU Hospital. Kat sinilah kitorg jumpa souvenir yg boleh dibeli..Tp xbyk sgt choice tp oklah..Masa kluar dr tempat ni, dah pukul 5pm tp Taipei dah mula gelap..Dari Stesen NTU Hospital, kitorg ke Stesen Jiantan plak..Kat sinilah terletaknya Shilin Night Market, market yg paling terkenal di Taipei..Kepada sesiapa yg ingin merasa makanan2 Taipei, kat sinilah tempatnya tp memandangkan kitorg xboleh mkn, so kitorg terus ke market sebelah yg menjual baju, beg, kasut etc..Yg menariknya kat sini semua benda ada & yg paling best semuanya murah..sempatlah jugak aku & M beli jaket kat sini..Aku plak sempat beli kat kasut Nike kat Taipei ni, seriusly murah gile compared to Malaysia..Kat market ni jugak kitorg sempat beli buah pisang kaki @ persimmon..Terkejut aku bila mkn buah tu manis gile mcm ciku..Xpernah aku mkn persimmon semanis tu..Lebih kurang pukul 8pm, baru kitorg blk naik MRT ke Stesen Zhongxioa Fuxing plak..Kat sini terletaknya Sogo Shopping Mall..Yg aku pelik ada 2 sogo kat sini yg terletak bertentangan seberang jln. Tp aku masuk satu jelah..Dr Sogo kitorg jln kaki ke hotel sbb jarak satu stesen je dr Sogo..On the way blk tu kitorg singgah mkn kat Subway..tu lah breakfast,lunch & dinner kitorg sepanjang hari..haha..actually dlm perjalanan kitorg mkn roti yg dibw dr Malaysia and air kosong je..Oklah jugak sbb cuaca sejuk & xterasa kepenatan berjalan2..smp hotel lebih kurang 10pm..Blk mandi, kemas barang and tido..Penat??Seriusly kaki aku dah nak cramp dah..haha..

Taipei City Hall, Sun Yat-Sen Memorial Hall & Chiang Kai-Shek Memorial Hall

Shilin Night Market, Taipei city, Taipei Arena, MRT and Sunworld Dynasty Hotel

Flight aku ke Kuala Lumpur jam 740am..Pukul 4am aku dah bgn sbb aku nak naik bas ke ke airport.So aku tgu bas dr jam 5am-545am tp malangnya bas xdtg2 pun..Patutnya setiap 20 minit bas tu lalu..Sdnly taxu driver tu ckp hari ni bas tak lalu situ sbb jalan tu ditutup utk diturap. Seriusly aku panik gile. Actually aku boleh tumpang bas M & crew lain jam 6am tp aku takut smp airport lewat..Last2 aku terpaksa gak ikut bas M sbb taxi mahal sgt..Aku bnasib baik sbb bas smp airport lebih kurang 640am..so aku berjaya check-in utk naik flight MH095 direct to Kuala Lumpur (naik B747). M plak depart @ 8am & bawa B737 ke KL tp transit di KK. Yg bestnye naik B747 ni ialah boleh tgk movie..hehe..tp lepas tgk satu movie,aku terus terlelap smp ke KL..gilelah kepenatan..So aku smp KL lebih kurang 1230pm..So sekian saje short trip aku ke Taipei..wpun singkat, tp aku rasa aku dah cover byk tempat menarik di Taipei tu..haha..Insyaallah if M ada fly lagi ke Taipei, aku ikut kot..haha..Thanx to Kapten Lee sbb dgn murah hati benarkan aku naik bas sekali dgn crew..To M, thanx a lot tumpangkan bili & teman aku jln2 selama 12jam non-stop..haha..memang kerja gile..

Taiwan Taoyuan International Airport, B747-400 & matawang Taiwan