Saturday, October 31, 2009

TSSSC Annual Dinner 2009

Tarikh: 31 Oktober 2009
Lokasi: The Saujana Kuala Lumpur, Subang
Tema: A Journey through Nature


Ini merupakan acara tahunan ofis aku yg mmg kitorg tgu every year..sbb nye setiap tahun hadiah lucky draw semuanya best gile..tahun ni hadiah utama ialah TV plasma 42"..selain itu ada 2 laptop, kamera, hset etc..sepanjang 4 tahun aku menghadiri dinner ni, xpernah lagi aku menang lucky draw..tahun ni pun aku xmenang lagi..xde rezeki lagi kot..haha..Bercerita psl dinner, konsep & tema tahun ni ialah "A Journey through Nature". So hampir semua yg dtg memakai pakaian hijau dan berkonsepkan nature & rain forest..Tp yg paling menarik mengenai dinner malam td ialah persembahan2 yg akan dikenang oleh semua yg hadir..haha..aku boleh ringkaskanlah persembahan sepanjang dinner mlm td seperti bwh ni..

1) Sexy Divas - Persembahan opening gambit..pastu disusuli persembahan tarian & miming spjg dinner...tarian diorg mmg daring tak ingat, sexy gile tp utk pengetahuan semua, diorg ni terdiri drpd lelaki yg telah mengubah diri diorg sepenuhnya kepada perempuan..faham2 jelah ek..hehe..ni contoh video persembahan diorg, SEXY DIVAS..

Persembahan Sexy Divas

2) Stand Up Comedian Jada - Dia ni pun sama jugak dgn Sexy divas cuma dia ni standup comedian, nama glomour Jada..mmg kelakar gile dgn lawak 18SX dia dari awal smp abis..kitorg mmg gelak tak ingat dgr lawak dia ni..Ni contoh video persembahan JADA 1 & JADA 2 ni..

Persembahan Stand Up Comedian Jada

3) Nyanyian oleh Kumpulan Bonga Bonga - Actually aku xingat nama sebenar kumpulan ni..tp mmg best gile persembahan nyanyian diorg..lagu2 yg diorg bw mmg sesuai benar dgn konsep 1Malaysia..haha..

Persembahan Kumpulan Bonga Bonga

4) Nyanyian solo artis, Suria - Persembahan artis baru yg lahir dr rancangan Gangstarz..oklah jugak persembahan dia..hehe..

Sekian jelah nukilan dr aku...hehe..tahniah kpd pemenang2 cabutan bertuah..balik2 muka yg sama je menang..tp nk buat mcmne dah rezeki diorg...hehe..tp dinner mlm td aku rasa yg paling best pernah aku hadiri..makan pun best, hadiah best, persembahan best, semua bestlah..Kepada comittee TSSSC, gud job & tahniah atas usaha anda semua.. See u again next year.. : )

Sunday, October 4, 2009

Proton Malaysian Open 2009!!

Tarikh: 4 Oktober 2009
Lokasi: Stadium Putra Bukit Jalil, KL


Proton Malaysian Open 2009 adalah kejohanan tenis ATP yg pertama diadakan di Malaysia..Kejohanan yg kali pertama diadakan di Malaysia ni menyaksikan penyertaan ramai pemain2 terhebat dunia seperti Nikolay Davydenko, Fernando Verdasco, Gael Monfils, David Ferrer, Robin Soderling, Fernando Gonzalez, Lleyton Hewitt and ramai lagi..Memandangkan xmampu nk beli tiket tiap2 hari, so kitorg decide utk tgk final je..nasib baik final menemukan 2 pilihan utama iaitu Davydenko & Verdasco..seronok skit nk tgk..Davydenko berjaya menundukkan Verdasco 6-4, 7-5 utk muncul pemain pertama memenangi Proton Malaysian Open 2009..memang best tgk final ni...frust sbb xdpt "bola" bertuah..Kalau tak boleh dpt tv Philips 47"..huhu..Next year kita ketemu lagi...hehe..hrp2 lagi ramai top players yg dtg bermain..hehe..


Kenangan sepanjang final @ Stadium Putra Bukit Jalil, KL

Saturday, October 3, 2009

Mini Gathering Raya for ex-matrix UKM..

Tarikh: 2 Oktober 2009
Lokasi: Rumah Nazri @ Taman Sepakat Indah, Kajang
Member: Senn, M, Nazri, Imran, Zulfadzli (Taro), Hilemi (Sawi), Fais, Zaiful

Open house raya ni actually adalah gathering utk budak2 ex-matrix UKM. Memandangkan ramai yg available sbb blk bercuti raya, so kitorg pun plan lah this gathering. Kitorg just buat ala2 pot-luck (masing2 bw makanan) & thanx to Nazri sbb sudi jadikan rumah dia tmpt gathering & sanggup masakkan rendang, nasi minyak, ayam masak merah & sediakan air utk gathering ni. Kitorg yg lain masing2 beli sate, lemang, kuih etc utk gathering ni..Kebanyakan kitorg yg dtg mlm ni yg dok sekitar KL, Selangor, Melaka & Seremban..xsangka plak Fais yg balik bercuti raya (study @ Surray Uni, UK) pun dpt join. Alie plak xdpt nk join sbb esoknye kena naik flight blk ke Japan semula..Ada lagi beberapa org yg xdpt nak join sbb isu2 yg xdpt dielakkan..walaupun xramai (sbb xjemput ramai2 pun) tp mlm tadi mmg sgt meriah..sbb ramai antara kitorg lama gile dah xjumpa so byk lah jugak cerita kitorg borak..

Gambar kenangan sepanjang mini gathering @ rumah Nazri..

Lepas kekenyangan, kitorg decide utk berkaroake @ Alamanda di tgh2 mlm..memandangkan esok tak kerja so kitorg on je plan utk berkaroake sbb xtau nk buat apa dah..nk mkn perut dah terlebih kenyang..tp xsemua join, just 6 org je..sempat jugaklah kitorg berkaroake selama 1 1/2 jam..xpernah lagi kitorg berkaroake sama2 tp mlm tadi mmg serius semua excited nak men"sumbang"kan lagu..hehe..lebih kurang 230am brlah kitorg semua balik...haha..Thanx kepada semua kerana bersusah payah utk dtg ke mini gathering ni..Thanx to Nazri sbb menjadi tuan rumah gathering ni..Kitorg berharap lepas ni dpt buat gathering utk semua budak2 ex-matrix UKM..InsyaAllah..

Sempat gak berkaroake @ Alamanda